assalamualaikum and hello!

semalam balik dari kerja, cousin ajak pi beli nasi pastu balik je dari beli nasi singgah kedai 99 plus. masuk je kedai ni kalau boleh semua benda nak beli. ye lah harga dia kat satu bahagian tu kan, semua RM 1.99!!! takkan takrambang mata kan *biasalah perempuan* so pusing punya pusing belilah beberapa barang


stokin pendek. stokin ni selalu pakai time tidur je sebab selalu letak vaseline kat kaki kan eheee walaupun harga dia RM1.99 tapi tebal jugaklah dan takdelah pendek sangat. beshe beshe je, untuk pakai tidur je kan. 


set span time mandi. hahahaha apa eh nama benda alah ni? harga RM 1.99 jugak, ada empat benda dalam tu, yang jaring tu 1, yang untuk gosok belakang badan 1, yang macam span tu 1 dan penutup kepala 1. benda ni dari zaman duk hostel lagi selalu beli. yelah jimatkan, 4 barang dalam 1 harga hahaha.

sebenarnya pi kedai 90 plus tu nak cari tabung. sha nak menabung sebab nak beli tablet nak tengok kdrama hahahaha. dah kat kedai 90 plus tu takdak, teruskan jelah perjalanan pi kedai RM 2.12. alhamdulillah ada tabung yang sha nak tu.tapi selain tabung ada jugak la benda lain yang sha beli.


tabung tin. sebab sha suka beli tabung macam ni sebab takboleh curi curi ambik duit bila dah pokai hahaha nak taknak kena tebuk la kan? dia macam selamat sikitlah . harga dia RM 2.12 sebab kedai RM 2.12 kan hahaha. sengaja beli corak yang biasa tu sebab nak balik cantikkan sendiri tabung tu. baru semangat nak menabung nanti. *doakan sha*


papan tulis. sebenarnya takdak kartun lain dah. tu yang ambik yang ni jugak hahahaha sha beli papan ni pun bukan untuk menulis tapi untuk lekat lekat gambar hahahaha dan sha dah siap pun lekatkan gambar kat papan ni hehehehe semangat betul kan. harga ni pun RM 2.12

barang terakhir yang sha beli semalam


tempat sangkut barang. sebenarnya sha tau yang gam kat belakang benda tu taktahan lama hahaha tapi sha beli sebab kartun kat situ comel sangat. kenapalah comellll T.T  benda ni kalau sangkut tudung ke okaylah. kalau towel memang jatuhlah dia. sebaik comel hahahaha harga RM2.12.

tu jelah yang sha shopping semalam hehehe disebabkan kekangan masa sebab kerja 6 hari seminggu, cuti sehari je. taksempat nak keluar gi jauh jauh sebab tu selalu online shopping je. sekarang tengah tunggu parcel sampai hehehehe best tau bila kerja penat penat pastu dapat bahagiakan diri sendiri balik :D jumpa lagi, byee ❤