Assalamualaikum dan selamat petang! 

disebabkan sekarang cuti sekolah, mesti banyak kan dapat undangan perkahwinan? tapi sha bukan nak cerita pasal kenduri kahwin, sha nak cerita pasal rewang. kalau kat tempat sha takpanggil rewang tapi panggil pakatan/pakat. 



apa itu rewang?

Sebenarnya perkataan Rewang ini berasalnya dari bahasa jawa yang membawa maksud beramai-ramai membanting tulang bergotong-royong dalam menyediakan persiapan sesuatu majlis. Selalunya majlis yang memerlukan kerja Rewang adalah majlis kahwin, sambut menantu, cukur jambul dan seangkatannya.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
kalau kat tempat sha kan, sehari sebelum kenduri mesti orang - orang kampung akan datang rumah yang nak kenduri tu siang bawang dan bahan bahan yang nak dimasak pada hari kenduri , pasangkan khemah , lap pinggan gelas dan bekas bekas yang nak digunakan pada hari kenduri. tapi sekarang kebanyakkannya guna pinggan dan cawan pakai buang tu je. pastu masa petang sebelum kenduri, kanak kanak area situ akan tolong susunkan meja dan kerusi tempat makan tetamu yang datang esok dan pihak yang buat pelamin pun sibuk siapkan pelamin dan meja makan pengantin.paling best sehari sebelum majlis kenduri lah kan hahaha dengan pelamin semua mestilah best kan! time tu semua sanak saudara balik berkumpul nak meraikan pengantin baru. tapi zaman sekarang takramai sangat dah guna rewang, kebanyakkannya guna katering je. cepat dan mudah haha! tapi kalau sha, sha lebih suka rewang sebab nampak macam busy dan barulah nampak macam nak ada satu majlis esok tu kan. 

masa sha form6 haritu, sha ada buat kajian pasal rewang ni dan sha pergi tengok sendiri di kampung makcik sha apa yang dorang buat semua. kiranya duk situ dari pagi sampai petang hahaha gigih betul nak siapkan kerja kursus katakan. tapi okay jugaklah sebab dapat pengalaman daan pengetahuan. walaupun niat dihati nak pi buat kajian ja tapi kena buat kerja sekali hahaha kena goreng ayam lah, kena buat nasi gorenglah hahaha.

pada pendapat sha, aktiviti rewang patut diteruskan sebab aktiviti ni mempunyai kebaikan seperti dapat mengeratkan silatulrahim sesama masyarakat setempat dan dapat menerapkan sikap bekerjasama. di samping itu juga, aktiviti ini amat menyoronokkan kerana kita sebagai golongan muda dapat berbual - bual dengan orang orang lama yang lebih banyak makan garam dari kita. tapi disebabkan peredaran masa, rewang semakin dilupakan, di kampung sha pun aktiviti macam ni dah makin lama makin berkurang disebabkan ramai yang lebih gemar guna khidmat katering. harap harap kenduri sha nanti bolehlah buat aktiviti rewang ni :p eh! hahahahaha