Assalamualaikum.





Entry kalini sha nak cerita sikit apa yang terjadi dalam dua hari lepas. sebelum tu, sha cerita dululah apa yang terjadi sebenarnya. pada satu hari, rasanya bulan ogos tahun 2009, time tu sha kat hostel, mak sedara sha datang cakap nak bawak balik sha padahal esok tu sekolah tau huhuhuhu time tu dah tau dah mesti ada benda tak kena kan. mak sedara pi settle dengan warden apa semua, sha pun baliklah. rupanya kena ikut nenek sha pi pahang, arwah maktam sha kena campak yang teruk sampai kena tahan wad. sha tak ingat sangat sebenarnya.biasalah dah lama sangat kan huhuhu. so malam tu jugak sha bertolak pi pahang, bas pukul 8.30 kot, sha pi dengan nenek, mak sedara sha dan ayah mertua mak sedara sha yang kena demam campak tu. sha macam biasalah kalau naik bas time malam sha memang akan tidur tapi nenek sha taktidur, dia duk risaukan maktam sha tu la kan. mak sedara sha yang kat kedah ada call sha time 2 pagi tu tapi sha taksedar huhuhuhuhu so bila sampai kat pahang dalam pukul 5.55 pagi macam tu lah, naik je kereta paktam sha datang ambik kat terminal bas kan, dia cakap maktam sha dah takde............. luluh seluluh luluhnya hati ni :( tambah lagi lah nenek sha merangkap mak kandung arwah maktam sha tu kan. tapi Allah lebih sayangkan dia. arwah memang baik orangnya, sumpah baik, dulu masa sekolah rendah kalau sha dapat result elok mesti dia bagi hadiah. kehilangan arwah memang dapat dirasailah. masa arwah maktam sha meninggal anak dia umur 12,10,8 dan 6 tahun rasanya. bila dah selesai semuanya, nenek sha dan sha kena balik sebab sha sekolah kan. takdapat nak stay lama huhuhu. lepas arwah meninggal tu, dorang ada balik kedah dua kali tapi sha dapat jumpa dorang yang kali pertama balik lepas arwah dah takde tu je, kali kedua dorang balik sha kat hostel. sedih gila tau cousin balik tak dapat jumpa huwaaaa.

so, hari jumaat 24 mac 2017. petang jumaat tu sha serabut gila sebab banyak kerja dengan panas semua lah kan ahahaha pastu bila balik dari jauh nampak kereta putih, cakaplah dalam hati sapalah datang orang letih ni hahahaha >< dalam masa yang sama takut nak bagi harapan sebab kereta saga putih paktam sha je yang ada, dan tempat dia parking memang kat situ huhuhuhu. pastu bila balik nampak seorang lelaki bukan remaja dah hahaha tua dah! :p tengah tengok nenek sha buang ikan dari pukat. pastu dia pusing hahaha sha tekalah, najmi kan?? excited bukan main lagi tau time tu, tengok tengok salah orang hahahahahahahaha pastu dia panggil "najmi!! aishah!! adawiyah!!" hahaha rupanya dia nazirul. pastu semua keluar bersalaman semua kan,ya Allah time tu bahagia sangat sangat. bayangkan 8 tahun takjumpa, masa dulu jumpa budak budak lagi, taktau apa lagi hahahaha sekarang dah besar semua. sha rapat dengan cousin yang ni sebab umur kitaorang tak beza banyak sangat. macam nazirul 20, sha 21, adawiyah 18, adik sha pun 18. najmi pulak 16. cuma aisyah jelah masa last jumpa dia baru umur 6 tahun so dia macam tak kenal sangat lah dengan sha hahaha berubah sangat ke sha ni macam biasa je rasanya tapi mungkin makin mok :p

walaupun dah 8 tahun tak jumpa each other dan lost contact terus, tapi bila jumpa balik kitaorang boleh sembang macam selalu jumpa hahaha tak kekok langsung. boleh je nak melawak macam dulu. masa malam first dorang tidur rumah nenek semua macam letih je sebab dari pahang kan,so takbanyak sangat sembang apa semua. tapi semalam, malam last dorang kat rumah nenek kitaorang overnight sampai pukul2 pastu masing masing pakat nak lelap, dengan sha kerja harini hahahaha. layan movie lah, sembang sembang, cerita kenangan masa time budak budak dulu haahahaha :p disebabkan jarak usia sha dan cousin yang atas sha agak banyak, kitaorang takrapat hahahaha dorang semua dah kahwin ada anak semua kecuali anak paklong sorang lagi tak kahwin. yang anak makngah dengan anak maklang semua dah kahwin.mak sha anak ke empat so sha antara cousin yang tua lah hahaha T.T pastu semalam cousin sha yang 20 tu sibuk suruh sha kahwin hahahaha padahal umur kitaorang jarak setahun je pun.

sebenarnya taksempat nak selfie. so insyaaAllah dorang cakap kalau ada rezeki, raya nanti dorang balik. harap harap betulah dorang balik walaupun bukan time raya pertama. tak kisahlah asalkan balik. sha macam mimpi lagitau semua ni, macam taksangka sebab dah besar pastu baru dapat jumpa balik, sha ada jugak search kat facebook kan tapi takjumpa. tapi tulah, rancangan Allah lebih baik. kan dah boleh terus jumpa ftf.banyak sangat kenangan dengan dorang ni walaupun dulu dorang baik setahun sekali je, time bulan 12. hahahaha yang paling best yang lelaki makin kurus, yang perempuan semua mok mok :p bahagia betul kitaorang hahahaha. panjangnya sha merepek sebab excited sangatkan. terima kasihlah siapa yang sudi baca hahaha! see u in next entry, Al Fatihah untuk arwah maktam...❤