Assalamualaikum,
kali ni sha nak share sikit apa yang terjadi kat family sha (rumah makcik dan pakcik sha) pada hari lahir pakcik sha. selalunya sha tengok semua ni kat drama/filem je tapi yang ni terjadi kat sha sendiri. so petang 15 Januari haritu sha keluar lepas balik kerja, keluar dengan anak cousin. selalunya sha ke kedai yang dekat dengan rumah sha la kan tapi petang tu tergerak hati nak pi kedai yang dekat dengan rumah makcik sha. rumah makcik sha dengan rumah sha (rumah nenek) dekat je, paling lama pun 15 min macam tu je. kiranya sha memang selalulah pi rumah makcik sebab dia suka masak benda simple tapi sedap hahaha kiranya pi makanlah *lari tajuk*
sha memang ada tergerak hati nak pi rumah makcik petang tu tapi nampak langit macam nak hujan so sha terus balik huhu. masa balik tu sha mcm taktau pun apa jadi pastu dalam pukul 8.30 malam macam tu anak cousin sha panggil p rumah dia, time tu baru sha tau. dorang bagitau rumah makcik terbakar tapi cousin sha cakap jangan bgtau nenek sha nnti takut dia risau pulak kan, biasalah orang tua tua. sha ingat tak teruk. serious ingat kat dapur je. pastu sha pun siap siap pergilah rumah makcik sha. rasa speechless gila bila tengok keadaan rumah makcik sha tu :( kat bahagian bilik yang terbakar, memang 100% terbakar. kiranya almari semua terbakar dannn handbag sha yang makcik pinjam nakpi mesyuarat haritu pun terbakar...... tapi alhamdulillah takdak yang tercedera. duit pun ada yang terbakar dalam RM400++ macam tu :( sha tengok surat report polis kan, anggaran kerugian RM100K ++ jugaklah huhuhu.
sha sekarang kalau terbau benda terbakar ke mesti takut. mesti jadi macam terbayangla kebakaran kat rumah makcik tu. makcik ada cerita yang time kebakaran tu, makcik ada kat rumah jiran pastu nampak ada api keluar dari atas bumbung. Allah.. time tu pakcik keluar g minum kopi petang petang kan. punca mungkin dari peti ais sbb peti ais tu mmg macam meletup dan terbalik.... yang makcik duk sedih dia punya koleksi tudung bawal kanggaroo/crepe habis semua so sesiapa ada jual tudung kanggaroo lets me know ok? tapi alhamdulillah dapat banyak jugaklah bantuan dari semua pihak, tapi nak mula balik mmg susahkan? bayangkanlah baju seluar semua kena beli baru huhuhuhu. perabot apa semua. nak kena mula balik semua. harap harap kita semua dilindungi daripada segala benda buruk ❤
6 Comments
Allah 😢 Semoga dipermudahkan segala urusan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
ReplyDeleteAllah 😢 Semoga dipermudahkan segala urusan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul
ReplyDeletesyukur semua selamat
ReplyDeletesaya follow back sini #579 salam kenal dari brunei. thanks for following my blog ^^
Allahuakbar . takziahhh :(
ReplyDeleteInnalillahi.. Semua yag pergi akan diganti dengan yang lebih baik In Shaa Allah.. Semoga keluarga Makcik shaa tabah ya..
ReplyDelete#done folback ^^
Allah.. Takziah buat keluarga makcik Sha.. (baru jumpa entry ini sebab follow dari entry Sufina..)
ReplyDeletePost a Comment