Lirik :-

Kedengarannya seperti
Cintanya tiada lagi
Kita masih bersama
Tapi rasanya berbeza
Kau bukan seperti kamu

Ya mungkin manusia berubah
Tapi mengapa hatimu ikut sama

Kau jauh dari
Kau jauh dari sebelumnya
Tapi ku masih serupa
Gilakan kamu dari mula
Gilakan kamu sentiasa

Ku mahu pegang hatimu
Dakaplah aku selalu
Tunjuklah kamu masih mahu
Masih perlukan aku
Jangan kau jangan begitu
Ini sekarang bukan sifatmu
Teriak marah selalu
Sedihkan aku setiap waktumu

Sayang
Sayang jangan begitu
Cinta itu bahagia
Mengapa rumitkan ia

Kita kan pernah ceria
Ingatkan kita suka benar ketawa bersama
Jaga hati jaga kata-kata
Tapi ini bukan kamu yang asalnya

Dengarnya kini cinta aku saja yang rasa
Kau lihatnya seperti satu beban dunia