Assalamualaikum

Minggu lepas sha teringin nak makan makanan yang manis manis so sha pun ambiklah keputusan nak buat kek batik. sebab kek batik jelah yang mudah, cepat dan sedap kan 😂 harini sha nak share resepi tu dengan korang

bahan - bahan


1. Biskut marie (sha memang guna yang jenama ni je since first time belajar buat kek batik)
2. 1/2 buttercup
3. 1/2 tin susu krimer manis
4. 2 botol serbuk koko 
5. 1 cawan air kosong 


cara - cara memasak ;

1. cairkan buttercup
2. masukkan secawan air dan setengah cawan susu lepastu kacau
3. kemudian masukkan serbuk koko dan kacau hingga takde ketul ketul tau?
4. patahkan roti marie ke dalam kuali
5. gaul hingga rata
6. masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais 4-6 jam
7. sedia untuk dimakan 😍😋

pic yang takberapa jelas maaf 😂 tapi sedap tau (done puji diri sendiri)