Assalamualaikum,

siapa peminat drama melayu? sha salah seorang peminat drama melayu, sekarang ni trending drama titian cinta lakonan zul ariffin dan farah nabilah. siapa je tak kenal zul ariffin kan? pelakon sado dan handsome tu. tak lupa jugak pelakon farah nabilah yang sedang meningkat naik sekarang. sha suka dengan farah nabilah sejak dia berlakon dengan niezam zaidi dalam cerita inikah cinta yang juga ditayangkan di TV3. tapi lepas je cerita tu sha dah tak dengar sangat pasal dia haha mungkin sha yang tak berapa mengikuti pekembangan dia. bila first tengok iklan drama titian cinta ni, dah memang excited dah nak tengok. sedikit mengenai cerita titian cinta ni, cerita ni merupakaan adaptasi daripada novel TITIAN CINTA by RIDHYA IMAN , so kepada sesiapa yang malas nak baca novel dia, boleh lah menonton cerita ni haha. drama yang sepatutnya ditayangkan pada 11 September ini telah ditunda ke 12 September. 

----------------------------------------------------------------------------------------------


Tajuk : Titian Cinta
Mula Tayangan : 12 September 2017
Masa : Setiap Isnin-Khamis, 7.00 malam
Siaran : Slot Akasia TV3
Terbitan : Zamriez Golden Pictures
Jumlah Episod: 28

Pelakon : Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd
LAGU TEMA / OST TITIAN CINTA 
Sumpah Cintaku - Asfan Shah
Kasih - Hyper Act
Sungguh Mencinta - Qanda

SINOPSIS TITIAN CINTA 

Kisah cinta antara Umayr Harris dan Rahadatul Aisy. Aisy pulang ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London dengan nekad mahu menuntut janji yang pernah dilafazkan oleh sang suami. Kepulangan Aisy memang dinantikan Harris yang menyesal dengan tindakan lalu kerana termakan hasutan Sofia. Perginya Aisy ke kota London adalah kerana dihalau bagai kucing kurap oleh suaminya sendiri ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofia.

Harris ingin menebus khilafnya. Kerana cemburu, dia sanggup menghina isteri sendiri. Kerana gagal mengawal baran, dia tegar menyakiti tubuh isteri dengan tangan sendiri. Kini, dia mahu menebus semuanya.

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati Aisy. Penerimaan Harris terhadap kekurangan dirinya buatkan Aisy akur pada jodoh dan ketentuan Ilahi.

Saat bahagia menjelma, mendung datang lagi. Pelbagai dugaan menimpa mereka. Aisy tidak dapat mengandung. Kehadiran semula Sofia menempel cinta Harris. Campur tangan ibu mertua Aisy memburukkan keadaan. Kemunculan Rayyan, lelaki tampan bermata hazel membuatkan Harris dihambat rasa cemburu yang tak bertepi.

Siapakah Rayyan sebenarnya di hati Aisy? Akankah bahagia menjadi milik mereka nanti? Mampukah titian cinta mereka yang sudah retak menanti belah itu dicantum kembali? Atau, mungkinkah Rayyan layak menjadi pengganti?