Assalamualaikum.
Semalam masa tengah belek belek FB ternampak satu post ni, dari page Siakap Keli, siapa ja tak kenal siakap keli kan? page terkenal tu haha. apa yang menariknya page tu post mengenai satu kedai makan di kawasan tempat tinggal sha. kalau duduk area ayer hitam - kerpan ni memang tipulah sapa taktau WARONG HIJRAH sebab kedai makan ni antara yang terkenal jugaklah kat sini. ya, sha selalu jugak pergi kedai makan tu. macam terkejut jugaklah kan haha sebab sha memang gi kedai tu dari start dia bukak sampai sekarang dah maju. alhamdulillah.
Kedai makan yang terkenal dengan bihun sup thai tu memang selalu penuh dengan pelanggan, selain bihun sup thai, nasi ayam kat situ memang sedap habis! dulu ada jugak masakan panas tapi dengar cerita sekarang dah takdak goreng goreng. kat situ jugak ada air dalam bekas besar tu. sha kalau gi makan situ suka makan nasi ayam lebih daripada bihun sup thai tu hehe sebab nasi mengenyangkan. kalau nak order sup thai tu sha order kuey teow sup thai sebab sha kurang sikit kalau bihun haha.
kat atas ni bihun sup thai yang biasa dan nasi ayam. best pasal nasi ayam dia ni sebab ayam dialah, selalu nasi ayam sha makan dorang letak sos dan kicap dalam bekas asing asing, yang kat kedai ni campur. sha ingat lagi gi makan yang kat atas ni dengan kawan kawan time tu jari sha baru lepas kena pisau (baca kat sini) punya seksa macam nak nangis terus takdak selera hahaha dengar kawan bersembang pun rasa sedih haha! harga untuk nasi ayam adalah RM5 dan bihun sup thai biasa RM4.
yang ni pulak masa ada lagi kot goreng goreng haha tak ingat bila tapi rasanya lepas raya puasa. sha order kuey teow (takboleh berpisah dengan kuey teow) dan kawan sha order nasi goreng ayam, nasi lebih. ok gais nampak tak kuey teow dia banyak gila? satu talam tau tak haha talam yang muat 6 cawan tu, ya ampun mengucap panjang sha masa sampai kuey teow ni haha lalu diberikan kuey teow tu kat kawan sha, kalau sha makan semua memang takhabis la cerita dia hahaha okay mesti tertanya tanya kan harga dia hihi kuey teow goreng tu RM4 gais RM4!!!! omg hahahaa dan nasi goreng ayam nasi tambah tu RM6
nampak tak sha memang selalu jugak gi kedai ni? haha yang ni sebenarnya nak tunjuk air dalam cup besar tu tapi gambar takberapa jelas pulak haha air bigcup ni yang biasa RM4. boleh minum 3 hari 3 malam uolls sebab manis :p ada banyak jugak perisa seperti greentea, chocolate, redtea, strawberry, mocha tapi sha selalu order greentea la. walaupun greentea ni takbaik untuk kesihatan tapi sekali sekala takpe kot hihi. tapi dalam post yang viral tu dorang bercakap mengenai bihun sup thai special ayam segenggam + sayur segenggam dan cendol creamy tapi malangnya sha takpernah makan cendol dia so sha taktaulah rasa apa tapi cousin sha memang suka cendol dia. sha memang jenis takminat cendol tapi kalau ais kacang memang sha suka.
sumber : page siakap keli |
so nilah makanan yang viral tu, terliur tak? haha nampak macam sedap cendol creamy tu. nampak tak ayam dalam mangkuk tu, kemain banyak! sha selalu gi kedai tu siap mintak sayur lebih lagi tau sebab sha selalu makan yang biasa haha taktau pulak yang special dia banyak gini padahal tambah RM1 je T,T tapi dah cadang dah kawan balik cuti midsem nanti nak gi try cendol creamy dia, wait ya.
LOCATION : WARONG HIJRAH, BERHADAPAN PASARAYA KAWANG, PEKAN AIR HITAM, KUBANG PASU, KEDAH
WAKTU OPERASI : 11 pagi hingga 7 petang
FACEBOOK : https://www.facebook.com/waronghijrah/
27 Comments
mcm sedap je nmpk. hrga pulak murah!
ReplyDeleteKuey teow tuuuuuu..
ReplyDeleteps: kita peminat kuey teow jugak.. hehe
Sedapnya tp jauh laa nk try 😕
ReplyDeletefuhhh~ terbaik tengok makanan dia. bihun sup tu terbaik :D
ReplyDeleteSarapan pagi enak sama sup itu kayanya. Belum pernah nyoba hhe
ReplyDeletewahhh... ai addicted bihun. memang jadi port pilihan la kalo dekat.Ni mampu tengok je dari kejauhan.
ReplyDeleteSedapnya dah viral kena pergi cuba ni hehehe tapi macam jauh jer..
ReplyDeleteoh, nasi ayam itu nampak sangat sedap, buat lapar aje haha
ReplyDeleteSaya pencinta makanan juga tapi tapi tapi jauh benor tempat tu. :) Salam kenal and follow sini.
ReplyDeleteHarga reasonable dan makanan nampak tempting...
ReplyDeleteBaik. Next time pergi Kedah boleh terjah kedai nie la kot. TQ sharing info.
ReplyDeleteMurahnya..nasibla kat area rumah ni masih ada yang berniaga dgn harga mcm ni. Boleh try kaalo sampai ke sana nanti
ReplyDeletekalau makanan ni dah viral mahu beratur orang tunggu tu kan!!! tapi kalau sedap, setakat beratur sejam dua apa salahnya! nampak menarik tuuuu
ReplyDeleteMenarik... tapi buat masa nie hanya mampu n je laa... anyway, thanks for sharing...
ReplyDeleteMurah pula semuanya.. sedap" pula tu
ReplyDeleteWah... Murahnya. Food looks delicious and worth to dine-in at here.
ReplyDeleteSedapnya. Murah pulak tu. Jauh lah nak gi makan sana 😊
ReplyDeleteWehhh murah gilak! Nanti balik kg boleh singgah kejap hehehe
ReplyDeleteBestnya.. murah lak tu. Ish... Kalau kat sini idok ler dapat rega camtu
ReplyDeletesalam ziarah & follow #750.
ReplyDeleteSedapnyer sup tu...suka kalo sup2 or masakan dari siam ni..tak muak dan sentiasa menyelerakan..hihi
Nampak menarik dan sedap, harga pun masih dikira murah. Harap bila dah viral tak le dinaikkan harga secepatnya...hehehe
ReplyDeleteayer hitam kedah rupanya.... ingatkan ayer hitam johor.. baru nak terjah bila balik kampung nanti T-T
ReplyDeleteYa Allah sedapnya...kat kampung akk ni
ReplyDeleteSedapnya tengok menu... Dah la tgh lapar ni...
ReplyDeletemenarik!
ReplyDeletememang inviting semua makanan tu.
sedapp
ReplyDeleteMost of the time I don’t make comments on websites, but I'd like to say that this article really forced me to do so. Really nice post! เล่นบาคาร่า
ReplyDeletePost a Comment