Assalamualaikum.


sha nak cerita pasal MYCYBERSALE. Apa itu MYCYBERSALE? MYCYBERSALE adalah online sale yang terbesar di Malaysia. MYCYBERSALE 2017 akan bermula pada 9 - 13 Oktober 2017. pada tarikh tersebut, brand brand yang mengambil bahagian dalam MYCYBERSALE 2017 ini akan memberikan sale yang sangat menarik! so kepada korang yang suka online shop macam sha tu boleh lah usha laman web MYCYBERSALE 2017! 


--------------------------------------------------------------------------------


korang pernah dengar tak mengenai jenama b.liv? b.liv ini wujud sejak tahun 2009 lagi, wow lama dah kan? dibawah ini sedikit sebanyak mengenai b.liv ;-

pronounced as “believe”, b.liv was established in 2009 and derived from a cosmaceutical brand. b.liv was created to cater to a strong demand for an easy-to-use and affordable personal skin care regimen. b.liv seeks to inspire and gives confidence to the youths of today in making a difference.
today, b.liv is the leading brand in pores management solution. proper pores management is the first step to flawless looking skin. we are dedicated to bring pores management to be the primary focus for a healthy looking you.

apa yang sha dalam dalam parcel tu adalah drench me (moisturizing cleansing gel),  refresh me (moisturizing toner), submerge me (moisturizing booster), o2 bubbly bright (oxygenating mask) and off with those heads (blackheads sebum gel)


drench me (moisturizing cleansing gel) - RM 37.50

pembersih pelembap ini membebaskan wajah dari kekotoran dan memastikan kulit kita mendapat sebanyak mungkin kelembapan. apa yang best mengenai cleansing gel ini adalah dapat membersihkan kulit serta menghidratkan kulit dan mengekalkan kelembapan dalam masa panjang. cleansing gel ni sesuai untuk semua jenis kulit dan setiap peringkat umur. cleansing gel ini digunakan seperti pencuci muka yang lain iaitu dua kali sehari ; pagi dan malam. antara bahan - bahan yang ada didalam cleansing gel ini adalah ekstrak aloevera, ekstrak teh hijau dan ekstrak rumpai laut dan bau cleansing gel ni macam oren? eh yeke haha. more info on → DRENCH ME

refresh me (moisturizing toner) RM 39.00

toner pelembab ini dapat mengelakkan kulit daripada kering, kusam dan muka yang kelihatan letih. dengan semburan daripada toner ini dapat menyegarkan muka serta meningkatkan kelembapan kulit muka kita.toner ini sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya untuk kulit kering. digunakan selepas mencuci muka ; siang dan malam. more info on → REFRESH ME

submerge me (moisturizing booster) RM62.50

moisturizing booster ini berfungsi untuk menghidratkan dan mencerahkan kulit. selain itu, moisturizing booster ini juga akan memastikan tanda - tanda penuaan tidak kelihatan. moisturizing booster ini sesuai untuk semua jenis kulit. cara penggunaan adalah digunakan selepas toner pada siang dan malam. antara bahan bahan didalam moisturizing booster ini adalah ekstrak strawberry begonia yang mana berfungsi untuk mengelakkan penuaan. more info on → SUBMERGE ME

off with those heads (blackheads sebum gel) RM118 for 30ml
sebum gel ini berfungsi menghapuskan blackhead dan whitehead tanpa rasa sakit! apa yang best mengenai sebum gel ini selain daripada dapat menghapuskan blackhead dan whitehead adalah dapat mengawal minyak dimuka. gel ini boleh digunakan untuk semua jenis kulit yang mempunyai blackhead dan whitehead. gel ini didatangi dengan 3 size iaitu 15ml (RM59), 30ml (RM 189) dan 45ml (RM 146). gel ini dapat menghapuskan blackhead dan whitehead dalam masa 14hari! wow kan? more info on → OFF WITH THOSE HEADS

o2 bubbly bright (oxygenating mask) RM99
best sangat mask ni! oxygenating mask ini berfungsi untuk membersihkan dan mencerahkan kulit. selepas penggunaan mask ni, korang dapat rasakan kulit korang menjadi lembut dan glowing! antara bahan bahan dalam oxygenating mask ini adalah o2 bubble dimana berfungsi untuk membersihkan kulit dan serbuk beras untuk mencerahkan kulit. more info on → O2 BUBBLY BRIGHT


sempena dengan #MYCYBERSALE ini, BLIV telah menawarkan diskaun sehingga 70%, Flash Deal serendah RM10, penghantaran percuma dengan min pembelian RM60 dan free gift untuk setiap pembelian! 

Website : BLIV.COM