Assalamualaikum!
Selepas dua hari tak publish apa apa kat blog ni disebabkan takboleh nak pandang pc, terus jadi pening haha lol i need rest and short vocay kot. takboleh hadap pc tapi hadap phone boleh je haha tapi malas nak hadap lama lama so yeah rehat kejap. so harini masuk kerja semula dan sha nak ceritakan pasal blog sha ni hehe.
Blog ni dicipta pada bulan Mei 2012. masa tu sha dapat notebook 1 Malaysia, memang excited gila lah dapat notebook kot kan? haha balik je rumah krik krik sebab internet takdak haha masa tu mana guna smartphone lagi, masih guna nokia 3310 haha. tepu lah jugak kan takdak internet lepas tu bila dah ada notebook ni cikgu suruh gunakan apa kerajaan bagi ni untuk pelajaran la. so macam homework ke apa email je ke dia, sha dulu masa form4 ambik subjek ict. kiranya takpayah lah petang petang nak kena gi skolah belajar apa semua sebab belajar ict ni memang teruk jugak lah, buku teks dia tebal macam buku akaun hahaha. dah nak hantar email kat cikgu kenalah ada internet kan? kena lah beli internet, sha beli broadband maxis yang sebulan RM68 tu. ha sejak ada internet tu kan, memang online je lah 24jam, baguskan. sampai kena marah dengan abah la haha. macam dah kelaut je ni haha, takpe ni intro haha. masa dapat je internet benda first sha signup mestilah Facebook. hahahaha! time tu mana ada orang guna sangat twitter, memang FB jelah top time tu. lepas signup FB, sha signup twitter, myspace (HAHA), tagged, dan banyak lagi lah. kiranya apa apa sosial media semua sha signup, haha termasuklah blog.
Blog ni sha create sebab selalu nampak blog orang lain cantik cantik, so sha pun macam "aku pun kena ada benda ni" haha maka terciptalah blog ni. tapi! masa mula mula sha buat blog ni, bukan atas nama shafyqahazahar tapi syafikaatieqa. sebab apa? sebab dulu sha kat sekolah macam takfemes sangat, macam budak tak dikenali haha tapi kat media sosial sha macam hot jugaklah haha Allah malunya nak mengaku diri hot haha. jadi macam takmau dikenalilah. lagipun macam takselesa betul dulu, nampak sha upload gambar ke apa mesti kena perli dalam kelas heh haha lupakan semua tu haha. so sha gunalah nama syafikaatieqa tu untuk beberapa tahun (dari 2012 - 2015). nak tau tak sha punya the first time forever punya blog post? haha sha share sikitlah ayat dia memang ayat dia memang rempitzzzz habislah.
assalamualaikum :)) hye , nk becelot0h ckit ari nhe ^^ skg nhe aku tenga exam mid year :3 takud lha result tw0k .
sha copy paste terus je ni. hahaha tapi sikit jelah, kang bagi penuh rasa malu sampai ke tua pulak haha. jangan dicari ye sebab sha dah draftkan semua post post yang lama sejak serious berblogging ni. post yang dulu memang mengarut sangat sampai malulah nak share dengan orang.
Sebab apa buat blog? macam sha cakap mula mula tadi, sebab sha tengok blog orang lain cantik dan sha pun kena ada jugak haha. tapi dulu sha gunakan blog ni macam online diari sha la, balik sekolah je update blog haha rindu pakwe pun update kat blog jugak dulu. rasa nak tampar je muka masa mula mula bukak blog semula hujung tahun lepas haha baca je post sendiri yang lama lama terus macam ; aku ke type semua ni? haha tapi seronok baca sebab nampak perjalanan kematangan kita gituh haha. dulu sha sanggup berjaga dari malam ke pagi sebab nak cantikkan blog, setiap hari mesti usha blog kak lyssa! siapa tak kenal dengan kak lyssa? blog dia penuh dengan tutorial nak mencantikkan blog. memang ikut step by steplah cerita dia nak cantikkan blog, punyalah gigih masa tu. bila tengok blog orang lain ada salji turun terus search tutorial kat google hahaha padahal benda benda remeh temeh tu memberatkan loading blog ja.
Mengenai pageviews pulak memang menyedihkan haha. kalau dah buat blog since 2012 mestilah pv dah banyak kan? lebih 100 000 ke haha, malangnya tidak sama sekali. dulu sha berblogging bukan sebab nak orang baca, bukan sebab nak banyak follower tapi sebab nak ada blog, nak update pasal life sha, dan memang takdak orang tengok pun. tah tah orang taktau pun kewujudan blog sha pada masa tu haha post pertama sha tu takdak view langsung. lepas tu dah serious berblogging ni barulah kisah pasal pv semua ni, alhamdulillah walaupun masih taksampai 100 000 pv, bersyukur jelah. biar lambat asalkan selamat haha.
Sha start serious berblogging semula sebab sha rasa berblogging ni memang kena dengan jiwa sha. percaya tak sha memang takboleh kalau sehari takbukak blog, walaupun hanya berblogwalking! haha walaupun takdak idea nak menaip tapi wajib bukak blog. baca entry entry orang lain, rasa macam bestnya dorang banyak idea nak mengarang haha. sha start serious ni awal tahun 2017, walaupun mula berblogging semula akhir tahun 2016 tapi banyak join giveaway je, tapi start awal tahun haritu rasa nak serious betul betul. walaupun pv masih sendu tapi sha tau sha boleh haha yakin betul kan? sha start join group group blogger kat FB, sha start berblogwalking sampai berpinar mata mata hadap pc/handphone haha join exchange komen apa semua. kena kerja lebih lagi kalau nak berjaya kan walaupun kadang kadang ada masa rasa nak giveup nak berblogging haha. so sha nak pesan sikit jelah sebelum nak akhiri bebelan panjang sha ni ; jangan behenti berblogging sebab kita lain dari orang lain hehee bye!
8 Comments
samalah kat sini! tapi taklah lama sangat buat blog sebab saya start create blog pun tahun 2015! Samalah, tengok widget tu dekat blog orang! saya pun nak juga dan cari! Saya excited berblogging ni sebab tengok blog kak Ain Maisarah dan tertanya-tanya... bestkah berblogging ni? Nak trylah! Dan serious memang syok! until right now I still blogging! Tapi tak aktiflah macam masa first first buka blog dulu! Anyways, I enjoy reading your entry, sis comel! Sorrylah kalau terkomen banyak pula! :3
ReplyDeletesamalah, post lama-lama dlu dah delete sbb malu pulak bila baca posting dulu-dulu
ReplyDeletemula-mula ada blog pun sebab classmate suruh buat khas utk budak2 kelas. dapat komen positive masa tu. lepas hbis sekolah, blog dah terbengkalai. password semua lupa dah. ini baru nak join semula blogging tapi utk personal. btw good luck in blogging
ReplyDelete| helloaiman |
| Jana Bitcoin |
blogging = addicted!
ReplyDeleteinsyaAllah semoga Allah permudahkan urusah Sha ...amin~
ReplyDeleteBlogging nie sebenarnya bagus.. sebab kita kena rajin menaip.. idea kena sentiasa ada.. so kenalah rajin membaca.. hehehe chayook.. chayook sha..
ReplyDeleteIf you prefer to be sure it stays nearby, find
ReplyDeleteout the things they can supply you with to receive
going to get a very low finances. As you start to see increased sales volume, devote a few of the profits in direction of additional SEO campaigns.
Keep that process till you've got whatever you want and need securely in place.
Thanks very nice blog!
ReplyDeletePost a Comment