Assalamualaikum.

seperti hari hari biasa, semasa perjalanan ke tempat kerja, sha memang akan beli makanan untuk dibuat sarapan. sha ni seorang yang jenis wajib sarapan, kalau taksarapan taktau lah apa jadi haha sebab tak pernah tinggal :p sepanjang perjalanan sha ke tempat kerja memang akan jumpa beberapa kedai yang jual nasi lemak. tapi bosan lah kan tiap hari makan nasi lemak ja haha kita try lah benda baru pulak hihi. sebenarnya sha memang penggemar nasi kerabu kelantan. kalau kat kedah kan lebih terkenal dengan nasi ulam, ha sha tak berapa suka sangat nasi tu, lebih sukakan nasi kerabu kelantan tu haha. pada satu hari, sha behenti lah kat kedai makcik ni, selama ni selalu jugak sha beli nasi lemak kat dia, sebab nasi dia bukan nasi lemak haha nasi kuning + ayam masak merah gituhlah kan. tapi haritu sha behenti nak beli, tengok tengok ada nasi kerabu, nak royan kejap hahaha sebab sini susah sikit nak dapat nasi kerabu kecuali hari pasar malam (rabu) or bulan puasa memang ada jual tapi masa bulan puasa kan nafsu nak makan macam macam benda lain haha. pastu sha pun cakaplah nak nasi kerabu tu, taknak nasi lemak tu.

nasi kerabu tu ada lauk (eh lauk ke?) ada daging bakar/ayam bakar dengan telur masin. sha pilih daging bakar (first time beli). tau tak first time try sha memang dah jatuh cinta, jatuh hati dan sikit lagi nak jatuh kerusi sebab sedap sangat! katanya, menantu dia orang kelantan, so tak heranlah sedap sangat nasi kerabu dia kan? haha sha beli nasi kerabu daging bakar RM5 je. ada satu kedai kat area Ayer Hitam, sebungkus takdak telur masin pun dah RM3 (icrY) 


ni nasi kerabu yang sha beli tadi. harini saja ambik daging bakar dengan telur masin RM5.70 je haha daging bakar dia sedap tak terlalu kering, masih berjus. sayur pun banyak, yang ni part paling sha suka, sebab sesetengah orang dah cakap sayur lebih pun still sayur sikit hahaha -_- cuma keropok tu je mcm tak kriuk kriuk maybe dia kena asingkan dengan nasi kot. tapi memang secara keseluruhannya sedap gila nasi kerabu ni! sha bagi 6/5 bintang hehehe

tayang nasi kerabu sikit, geram tak tengok? hehe
nasi kerabu ni dikira makanan berat dah, takbolehlah makan selalu, cakap nak kurus haha. tapi takboleh tahan diri daripada nak beli, nak pulak kedai dia jalan sha pergi balik kerja haish stress haha! nampak macam sikit tu, kenyang sampai ke petang uolls! hehe semoga terlapar bila tengok nasi kerabu ni, bye