Assalamualaikum

sejak sejak dah tak tengok cerita korea ni kan, sha macam suka pulak cerita melayu haha. sekarang sha tengah layan cerita PEREMPUAN PALING BAHAGIA. cerita ni adalah salah sebuah drama yang diadaptasikan daripada novel. haritu masa tengah blogwalking ada terbaca pasal novel perempuan paling bahagia ni kat blog SA terus rasa nak tengok cerita ni sebab sinopsis dia memang best sampai buat sha rasa nak layan cerita ni lah. terus google cerita ni, ha layan dari episod 1 - 6 kot malam tu. ingat nak habiskan je episod yang ada tapi internet pulak habis kuota haha terpaksa lah behenti kat situ dan sambung kat tempat kerja hehe. memang mula mula tengok macam takfaham sangat tapi lama lama sha sampai takboleh nak behenti senyum sorang sorang tengok Rafa (Zahiril Adzim) dan Arissa (Shera Aiyob). tengok memang sweet habislah, comel pulak tu haha. tadi sha baru habiskan episod 18 hahaha taksabar nak tunggu next episod. jom baca sinopsis cerita ni ;-

------------------------------------------------------------------


JUDUL : PEREMPUAN PALING BAHAGIA 
SIARAN : Astro Oasis & Maya HD
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil 
PENGARAH : Jamal Khan 
TERBITAN : Pena Creative Pictures
JUMLAH EPISOD : 20 Episod
PELAKON : Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Luqman Hafidz, Sara Ali, Liza Abdullah, Ako Mustapha

LAGU TEMA / OST PEREMPUAN PALING BAHAGIA
Menahan Rindu - Wany Hasrita


SINOPSIS PEREMPUAN PALING BAHAGIA

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri.

Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.