Assalamualaikum

bb cream pixy, produk pixy,
PIXY BB CREAM BRIGHT FIX

PIXY BB CREAM BRIGHT FIX | Beberapa minggu lepas, sha ada pergi pasaraya berdekatan kawasan rumah sha, pastu nampaklah bb cream dari pixy, selama ni takpernah ada pun, paling senang nak cari kat sini bedak compact dia jelah, makeup remover apa semua tu memang susah nak cari, dan sha baru tau yang pixy ni sekarang dah ada matte lipstick tapi takpernah jumpa lagi setakat ni haha. 

MENGENAI PIXY

Produk-produk PIXY dicipta dengan kualiti piawaian tertinggi daripada Jepun dan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk kulit yang sihat dan cantik. Kesemua produk telah dihasilkan supaya ianya bersesuaian dengan kulit wanita Asia dengan formula yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat untuk kulit. Tahap piawaian Jepun juga telah digunakan untuk pembungkusan produknya yang telah direka untuk mencerminkan gaya Tokyo.

so selepas beberapa minggu memendam rasa untuk membeli bb cream tu, akhirnya!!! sha beli jugak haha bukan taknak beli sebab apa tapi bb cream yang lama banyak lagi, muka ada satu je beli banyak banyak nak pakai kat mana? *bak kata adik sha*. 

BB Cream Bright Fix - SPF30 & PA+++


Krim BB semua-dalam-satu yang dapat menutup noda pada wajah, mencerahan kulit dan memberi perlindungan daripada sinaran UV. Dirumus dengan Bedak Kunci-Pintar, ia mengekalkan kulit cerah dan tidak kusam sehingga 12 jam. 


- Tekstur krimnya yang ringan menutup noda tanpa rasa tebal.
- Ekstrak Pemutih Semula Jadi dan Derivat Vitamin C mencerahkan kulit.
- SPF30 & PA+++ memberikan perlindungan optimum daripada sinar cahaya UVB dan UVA.
- Diuji secara klinikal tidak menyumbat liang pori.
- Mekap asas yang boleh digunakan secara sendiri, ataupun dengan bedak untuk penutupan yang lebih tinggi.

BB cream daripada pixy ni mempunyai tiga tone warna iaitu ;

kat pasaraya yang sha pergi tu ada dua warna je ; ochre dan beige. mestilah sha kena ambik yang beige tu, kalau ambik ochre mesti jadi kelabu kalau sha pakai haha. balik dari pasaraya terus try, excited sangatlah cerita dia. tapi try kat tangan je lah haha, memang best gila tekstur dia sampai sha rasa taksabar nak pi kerja esok pagi haha! so lepas guna this bbcream dari pagi sampai petang, memang best! dengan harga RM14++ dapat bbcream best macam ni, rasa macam taknak tukar bbcream lain hahaha 

so conclusionnya :-

(+) packaging comel gila!!! can you see the packaging?? (packaging cantik adalah salah satu sebab sha nak beli benda tu haha)
(+) mudah di-blend
(+) wangi!
(+) sesuai dengan warna kulit sha
(+) lepas guna untuk 8 jam, takbercapuk or berminyak dan masih elok [walaupun produk ni cakap untuk kegunaan 12 jam]
(+) ada SPF 30 & PA +++
(+) tekstur yang ringan [takrasa macam pakai bb cream]
(+) RM14+ untuk 30ml bbcream <3 p="">

(-) susah nak jumpa kat kawasan sha
(-) 


9.5/10 bintang untuk produk ni 

repurchase ? YES