Assalamualaikum.

CARA MINUM AIR KOSONG 3LITER ++ SEHARI?? | siapa sini suka minum air kosong? eh mana sedapkan air kosong, baik minum air milo ais ke teh ais ke barulah lega tekak ni kan? ramai jugaklah yang selalu cakap kat sha yang dorang takboleh nak minum air kosong walaupun 1 liter sehari. sha macam ....... pastu hampa minum air apa? air teh ais ada, milo ais ada. yang paling nak marah tu buah hati sendiri lah, air kosong memang taklah dia nak pandang, batuklah macam mana pun mesti cari air ais jugak. sebenarnya orang tau tak apa kelebihan minum air kosong ni? antara kelebihan minum air kosong adalah dapat menurunkan berat badan, menjadikan tubuh lebih bertenaga dan sihat, dapat mencantikkan kulit dan meningkatkan fungsi otak.

dulu sha pun susah jugak nak minum air kosong padahal sha dari zaman tadika lagi memang dibekalkan sebotol air kosong (walaupun dulu ada kawan bawak air milo gi sekolah masa tadika -_-) tapi tetap susah nak minum air kosong, rasa telan takrasa apa (lol) tapi haritu masa kulit sha teruk gila sha memang pulun (bak kata orang kedah) minum air kosong, ada kadang kadang sampai 4liter lebih hahaha gigih gila. oh ye awak, toilet tu dah boring rasanya tengok sha haha kadang sampai letih nakpi toilet ish ish. tapi memang nampaklah hasil dia, muka sha pun makin okay dan lepas tu memang sha mantain minum air kosong je sampai rasa air kosong sedap dari milo ais? kekekekeke

MACAM MANA SHA MINUM AIR KOSONG SAMPAI 3 LITER SEHARI?

tanpa background yang cantik sha memperkenalkan kawan baik sha haha
masa mula mula belajar (haha) minum air kosong sha guna botol yang 1.5l tu, setiap hari beli air tu gigih sangat. tapi dia macam takberapa nak boleh go ( you know what i mean) bila kita nampak air tu macam banyak automatik otak kita set yang kita takboleh nak minum air sebanyak tu, dah la air kosong pulak tu kalau milo ais ke nescafe ais ke okay jugak kan? haha ya sha pun macam tu, selalu macam boleh ke aku nak habiskan air banyak tu? kembung perut aku kang haha gituh. lepas tu sha pun berfikir sejenak, why not sha tipu otak sha hahaha. actually dah buat dah kat rumah benda ni tapi tak terfikir nak buat kat tempat kerja. yelah kat rumah banyak mana je nak boleh minum, balik pun dah petang takkan nak minum air je memanjang haha. lainlah kat tempat kerja, 8 jam kan, so bolehlah setakat 3 liter je :p

okay caranya, sha beli satu botol kecil, sebelum ni botol lain. yang ni botol beli kat SGSHOP (comelkan?????? BACA SINI) hahaha so sha akan tuang air dalam botol kecil tu dan otak sha pun automatik akan cakap (eh cakap ke) alah sikit je air kena minum ni, hahaha faham tak? so sha bolehlah minum air kosong dengan tenangnya haha. botol yang besar tu 5.5liter, so dalam dua hari dah boleh pergi isi semula je haha 50 sen je tapi janganlah guna botol gemok tu sampai bertahun paling paling seminggu sekali tukarlah okay? dan jangan paksa diri, takpe slow slow pun okay, nanti lama lama dah takrasa sangat nak minum air manis tapi kena jugak minum! cikgu sukan sha cakap kalau taknak minum manis pun kena jugak minum sebab nak bagi balance, so seminggu sekali ke okay?

sekian. haha taktaulah kenapa mesti bebel panjang panjang walaupun dah lulus adsense (yay! selepas direject haritu) korang macam mana? ada tips lain tak macam mana nak minum air kosong dengan tenangnya? hehe komenlah!