Assalamualaikum

FAV GREENTEA! TEH HIJAU BOH | Hi, selamat berhujung minggu! harini nak cerita pasal teh hijau a.k.a greentea. semalam ha lepas solat rendam lah greentea ni pastu rasa macam why not share kat blog sebab takdak idea kan nak cerita apa. so here we go~


so! ni lah greentea yang sha telan sejak dulu kala hahah k tipu. sha pun tak ingat sejak bila sha "lalu" nak minum benda alah ni. dulu masa mula mula nak try, konon nak kurus la. telan sikit je dah takleh habis, tapi bila hari hari duk telan sikit sikit, sekarang dah boleh minum macam minum teh ais ok :p kenapa boh? sebab murah kot hahaha entah la, boh teh hijau ni cinta pandang pertama sha bila cari teh hijau dulu. mana boleh curang AHAHA ok pernah lah curang, minum yang lipton punya tapi kenot go sebab hati kat teh hijau boh ni, kalau pi mana mana mesti cari dia dulu, ahmad teh pun ok orang cakap, haritu jumpa dia kat tesco tapi takrasa nak berkenalan pun so biar jelah dia kat rak tu hihi


sha minum teh hijau ni time sebelum tidur je sebab pagi pagi kalut sikit, kadang tu rendam pastu lupa nak minum haha, sejuk beku lah teh hijau tu.so lepas dari beberapa kejadian seperti itu, sha decide untuk minum sebelum tidur je haha kadang tu dah rendam pastu tertidur pun pernah jadi. sebelum ni sekotak 25 teabags, kadang takhabis pun dalam masa 2 bulan. sebab kat kotak ada cakap yang kena habiskan dalam masa 2 bulan selepas dibukak kotak tu. kiranya sebelum ni banyak sangat membazir tapi bulan lepas sha beli sekotak dan sekarang tinggal kurang dari 10 teabag, bangga kejap boleh konsisten walaupun takberapa konsisten. part malas nak kena pi dapur ambik air panas tu lah. fuh penat bebel, bawah ni sha share kebaikan greentea hokey

KEBAIKAN TEH HIJAU/GREENTEA
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Tekanan darah yang lebih rendah.
  • Kurangkan tahap kolesterol.
  • Membantu dalam penurunan berat badan.
  • Meningkatkan kepadatan tulang.
  • Meningkatkan ingatan.
  • Mencegah kanser.
  • Mengurangkan tekanan.
  • Menjadikan kulit cantik dan anti penuaan
so dalam semua kebaikan yang sha senaraikan yang sha nampak memberi kesan kepada sha ; kulit cantik haha takdelah cakap kulit flawless ke apa tapi memang dulu jerawat suka betul kat muka sha, skrg ni bila datang bulan je jerawat gatal nak naik, jerawat kat belakang pun dah hilang lepas asyik telan greentea ni. mengurangkan tekanan tu pun sha dapat rasa sebab bila lepas minum teh hijau ni suam suam mesti rasa tenang je, pastu senang tidur haha.

cara nak sediakan teh hijau ni? senang je, air panas 250ml dengan 1 teabag greentea [NO SUGAR ADDED OK?]. rendam teabag tu 5-10min, kalau dah suam suam sikit minum. oh btw cara penyediaan ada kat kotak haha. harga sekotak teh hijau boh ni RM 5.90/25 teabags (kalau taksalah la)

korang minum greentea jenama apa?!