Assalamualaikum

MENCARI TAYAR& SERVIS KERETA? JOM KE MYTAYAR.COM | Hi korang! Harini sha nak kenalkan korang dengan satu website yang ala ala trivago tapi website ni khas untuk tayar kereta dan juga servis kereta. Objektif utama website ni adalah untuk menyelamatkan duit para - para pengguna kereta daripada ditipu oleh kedai kedai yang tidak bertanggungjawab seperti menaikkan harga sesuka hati, atau menyediakan perkhidmatan yang ala kadar kepada pelanggan dan dikenakan bayaran yang tinggi. Sedar tak sedar perkara ni selalu berlaku terhadap pengguna wanita haha

Website yang sha maksudkan adalah MYTAYAR.COM - Jimat , Mudah dan Telus. Sekarang, mytayar.com dah mempunyai 120 Network Workshops yang bekerjasama untuk bersikap jujur ​​dan berminat untuk berkhidmat kepada pengguna. Antara workshop yang terlibat adalah diarea Klang Valley, Johor Bahru dan Ipoh. tempat lain takde ke? Haaa dorang pun tengah berusaha nak menambahkan lagi Network Workshops dorang ni di serata Malaysia.

Kenapa mytayar.com? kalau korang nak tau banyak manfaat yang korang boleh dapat bila membeli tayar dari website ni, sebab korang boleh buat perbandingan harga antara bengkel bengkel sebelum membeli tayar. Selain itu, pengguna juga dapat menikmati perlindungan apabila membeli melalui website mytayar.com. Pihak mytayar.com sangat menitikberatkan mengenai harga yang ditawarkan dan jika ada percubaan untuk menipu pelanggan, pihak mytayar.com akan mengambil tindakan berat.

Dibawah ni sha share dengan korang yang nak membeli tayar, cara cara untuk membeli tayar melalui website ni


1. Search mytayar.com di google.com
2. Masukkan semua maklumat yang diperlukan seperti jenis produk/jarak/tempat anda berada dan click “Get Your Search Result”
3. Keluarlah result yang korang search tadi


4. Dibelah kiri tu korang boleh filter bajet korang, nak tayar jenama apa dan sebagainya. (ala macam shopping kat lazada haha)

5. Pilih tayar mana yang korang nak dan klik “GRAB NOW



6. Masukkan details korang, nak tayar banyak mana kan. Ni sebagai contoh sha ambik 4 biji tayar dan korang kena bayar deposit RM 6.50 untuk 1 tayar so total depo untuk 4 biji tayar - RM 26. Baki perlu dibayar semasa dah settle semua nanti dan deposit tidak akan dipulangkan ye kalau takjadi hehe



7. Last but not least - checkout dan bayar


Sebelum buat bayaran korang kena login dulu dan kalau korang belum ada akaun boleh signup, ala mudah je. Macam mana nak bayar? Korang boleh bayar melalui online banking/Credit Card / Debit Card / PayPal

Kalau korang masih kurang faham dengan apa sha terangkan korang boleh rujuk step kat bawah ni :)


kepada pemilik pemilik kereta tu, selalulah servis kereta ye supaya tak berlaku perkara yang tak diingini. Tambahan musim perayaan ni, nak balik kampung ke nak jalan jauh jauh ke pastikan check tayar kereta dan jangan lupa servis kereta!

Facebook : https://facebook.com/ mytayardotcom