Assalamualaikum

PASANG PELITA RAYA | Semalam masa balik dari bazar, cousin sha si farhad ajak beli pelita tapi katanya "kaklong, jom beli pelita" pastu sha cakap la yang adik sha cakap takpayah beli sebab dah beli sehari sebelum tu, masalahnya tak meriah hahahaha pastu farhad cakap "takpa guna duit adik RM2 kita pi beli pelita" "tapi b pelita tu RM10?" "guna duit kaklong la hehehe" sha iyakan jelah, pi lah beli lagi 10 pelita. balik rumah tu excited dia nak pasang pelita tu

guna pelita ni je hahaha jimat bajet :p

lepas dah pasang semua pelita ni, b (farhad) sibuk kacau adik sha si syazwan tu suruh pi cari buluh hahaha memang dia takmau la, sebab baru balik dari giat pe semua mesti letih. pastu duk cakap kat dia esoklah atur pelita ni semua, malam karang guna pelita yang sedia ada dulu. kalau cuti ok je nak buat semua ni, ni sha letih balik kerja, syazwan letih balik dari giat kan. pastu semalam gunalah pelita yang sedia ada tu


syazwan dia pasang jauh jauh, takrasa pun yang ada pelita haih la adik sha sorang tu. petang yang dorang pasang eplita ni sha tak turun tengok pun sebab malas dan nak layan isteri untuk diiktiraf muehehehe.bila lepas maghrib turun nak nyalakan pelita, jenoh cari mana dia letak sebab jauh jauh semua -_-


kebetulan semalam mak b belikan lampu liplap, makin terang la semalam so b takdela bebel banyak sangat kalau tak asyik duk tanya bila nak pasang pelita ja. sampai tak larat sha nak jawab. ha esok jumaat bolehlah syazwan buat semua ni sebab cuti, tapi takrasa meriah sangat pun sebab takramai kan :3


ni lah b yang sha cerita tu, kecik betul dia hahaha dah darjah 2 dah tapi manja dia lain macam. cousin paling kecik katakan, nak apa semua maktok suruh belikan je.

korang dah pasang pelita ke? ke masih bekerja dan masih takdak mood nak raya?