Assalamualaikum


SATAY TAKSEDAP JADIKAN SATAY GORENG? | Hi korang! alhamdulillah tamat sudeh sha punya giveaway walaupun sendu hahaha tapi takpe insyaAllah esok sha bagitau pemenang. cerita yang harini sebenarnya terjadi khamis lepas tapi macam biasa malas nak edit gambar nak masukkan dalam pc and what so ever, ditambah pula dengan internet yang slow heh.

so khamis petang yang lepas sha pi satu pasar malam ni, sha memang dah lama lapar satay sebab time bulan puasa beli satay tapi takleh makan banyak sebab cepat kenyang hahaha so sha singgah la pasar malam ni dengan cousin sha, beli satay ayam 20 cucuk & ayam gunting pastu balik. masa first rasa tu sha ingtkan tekak sha ja yang rasa taksedap tapi cousin sha yang budak tu terus cakap "kaklong taksedap la" so memang betul lah taksedap kan :p budak budak mana pandai menipu

tiba tiba naik mentol atas kepala, gorengkan je satay ni dengan kuah dia mana tau sedap. and you know what....


sedap gila tau tak????? kenapa tah selama ni takpernah terfikir nak gorengkan je satay dengan kuah dia hahaha tapi sebelum ni satay sha beli sedap je even makan tanpa kuah hahahha. cara dia senang je, panaskan kuali, masukkan satay tu pastu masukkan kuah dia hahaha kacau kacau settle~ ni bukan nak share resepi eh, karang kena kecam pulak takbagi sukatan la apa la buuu. ok tu je nak share hikhik

ps; cantikkan mangkuk tu? RM2 ok bai :P