Assalamualaikum

LUNCH DI DAPUR ASHRAF, AYER HITAM KEDAH | Helooo! entry kalini pasal makanan lagi hiks. so last week hari khamis sha cuti sebab nakp beraya rumah cikgu. kitaorang nak pi selepas asar jadi tengahari tu mengambil peluang untuk makan kat satu restoran ni, dulu pernah dah makan tapi sekarang berubah tempat dan ramai cakap tempat dia best. pukul 1 macam tu kitaorang sampai kat kedai tu, kosong lagi mungkin orang belum keluar lunch hahaha 

source : FB Dapur Ashraf


suka dengan tempat dia, luas dan sumpah selesa gila! nampak dak gambar yang atas ni, kerusi meja dia cantik gila! suka tengok, nak ambik gambar makanan pun jadi cantik hahahaha. ok sambung cerita, lepas tu kami pun order lah, disebabkan sha takmau makan banyak sebab nakpi rumah cikgu kejap lagi sha pun orderlah Nasi Goreng Udang yang biasa while faris order Nasi Goreng Ayam.



sorry lah perangai mak mak sikit tapi pinggan tu pun cantik weh hahaha please lah awat semua cantik sangat?? selalu pi kedai sini sini kan mesti dapat biasa biasa je, kalini ha ko dapat pinggan cantik gitu geram tau tengok macam nak tanya ja beli mana hahaha

Nasi Goreng Ayam 


Nasi Goreng Udang (RM6.00)

sha pun taktau dan bagaimana tiba tiba gambar nasi sendiri jadi takcantik, yang nasi goreng ayam tu center helok ja hahaha tak kisah lah. nampak dalam gambar ni ada rasa lapar tak? penangan betul dalam gambar dah rasa sedap adoi. sha takmakan semua pun nasi tu 1/4 je makan yang lain bagi kat brother kita, nakpi beraya katakan kenalah simpan ruang kosong kat perut tu :p

REVIEW : since sha makan nasi goreng udang so sha review nasi goreng sha jelah, nasi goreng dia tak disangkal lagi memang sumpah sedap gila!!!!!!!!!!! dia punya sambal tu pergh memang sedap habis. harga pun not bad, tempat cantik dan selesa ha nak apa lagi! hahahaha sha selalu jugak makan nasi goreng ayam tapi adik bungkus la, jaranglah takhabis sebab sedap terokkkksss. overall sha bagi 9.5/10!


so for those yang dekat dekat area sini, atau ada lalu belah ayer hitam (jalamnni boleh lah try singgah dan rasa sendiri. lepas ni nak try mee kuah udang pulak, nanti pape sha rojer hiks

-----------------------------------------------------------------------------------

DAPUR ASHRAF
Alamat : No 6A Kompleks Perniagaan Taman Arowana Ayer Hitam 06150 Ayer Hitam, Kedah, Malaysia
No. Tel : 016-439 8046