Assalamualaikum

BROWNIES COOKIES SEDAP GILA!!!! + TOP COMMENTATOR? | Hi korang! hari sabtu haritu sha ada order brownies cookies dari kawan sha. sha ni sebenarnya yang jenis sangat sangat support kawan kawan niaga :') ha korang kalau ada jual apa, bgtau je. kalau sha memang guna/makan benda tu insyaAllah sha beli hahaha! kawan sha ada whatsapp sha beberapa malam sebelum tu, mula tknak la beli nak saving la konon! pastu teringin hahahaha terus order suruh cod sabtu dan.... hari yang ditunggu tunggukan telah tiba 

BROWNIES COOKIES

bila dapat ja terus bukak tau hehehehehe ambik satu, masukkan dalam mulut pehhh sedap gila! i kenot kenot behenti makan T.T padahal dalam hati nak simpan nak bawak balik pi kat supina. sha masih cuba untuk slowkan makan, ambik sekeping pastu kepak jadi kecik kecik hahahaha heloooo supina tengok cemana kaklong sayang hang? 


masa ni tinggal setengah dah, padahal makan sorang ja. kalau korang macam terfkir cemanalah minah ni makan benda manis ni banyak banyak HAHAHAHAHAA takmanis sangat! serious. sha punya pikiran pun ada gak macam mesti manis punya benda ni, dah la nak kurangkan manis. pastu bila makan sekeping dia manis tapi takmanis gila. kiranya oklah untuk buat makan tapi kalau tengok drama/movie ni mesti habis brownies dulu dari movie hahaha. 

lepas balik kerja terus pi rumah supina, bagi dia makan hahaha tau dak dia makan non stop! sha sampai sembunyi dalam tudung apa semua, dia cari sampailah kepingan terakhir kan, dia makan makan pastu bila dah habis dia cari lagi "nanak nanak nanak" hahaha kuat makan betul gemok tu pastu sha kata habis dah nanti beli lain, senyum kemain dia hahahan (SIAPA SUFINA)

so selepas dirunding untuk beberapa hari, sha rasa nak bagi brownies cookies ni kepada top komentator sha. okay kan? haaaa korang komen banyak banyak, jangan komen sepatah sudah :p

baiiii, lunch dulU!