Assalamualaikum

PASANGAN KUAT MENGONGKONG? | Hi gais! tajuk entry macam panas je. ok jom mulakan! sebelum ni sha rasa macam mengongkong is ok la tapi bila benda ni jadi dengan orang terdekat pastu sekali sha rasa rimas sha rasa benda ni tak ok. ko pikir mengongkong tu sweet sangat ke? hey geram gila dengan pasangan macam ni. benda ni jadi dekat lelaki dengan perempuan, siapa cakap perempuan tak mengongkong? sha pun selalu je larang bf jangan itu jangan gini pastu tersedar eh bukan laki aku pun lagi pasepa nak kongkong dia? pastu terus ha takpalah pi lah hahahaha sebaik sha jenis cepat sedaq :p

source : we heart it
sha ada baca satu entry di internet yang menyatakan sikap mengongkong ni masa pasangan yang tengah hangat bercinta ja (ada betulnya jugak) tapi yang kejadian yang jadi kat sekeliling sha ni pasangan yang dah lama becinta pun.memang la tak elok kalau perempuan keluar dengan lelaki tapi kalau keluar beramai? pi ziarah orang pulak tu? takkan jadi salah? dari mengongkong ni kan, sha boleh nampak yang dorang ni slow slow menipu pasangan dorang sebab takmau bergaduh la kot kan? pastu siap pesan lagi kat kawan kawan jangan upload gambar apa semua masa kejadian or senang cerita jangan upload gambar yang ada depa. ok then, hampa takyah bergambar *rolling eyes* wey sumpah bosannya dengan orang macam ni, hidup dengan pasangan ja ka? memang takpayah ada kawan kawan ka? padahal dah bercinta 4 5 6 tahun pun takmai jumpa mak pak pun lagi tapi duk hingaq, duk kongkong macam dah nikah. 

Petikan dari entry baitulmuslim.com
Apabila mereka terlalu mengongkong pasangan mereka, mereka berdepan dengan masalah di mana pasangan mereka sudah mula menipu. Ia adalah kerana anda terlalu mengongkong mereka, jadi bagi mengelakkan pergaduhan atau perselisihan, pasangan anda akan mula menipu. Ianya tidak kira dalam apa jua situasi sekalipun.
Lama kelamaan, si dia akan jemu dengan anda. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh, jadi pasangan anda sudah mula bermain kayu tiga. Mungkin sebab dah bosan dengan kehendak anda yang terlalu control, lantas mereka bertindak untuk bermain kayu tiga.
Apabila anda sering meletakkan syarat dalam perhubungan, anda akan membuat pasangan anda sering tidak berpuas hati, lalu berlakunya perselisihan antara anda dan pasangan. Apabila hubungan menjadi semakin dingin, nescaya hubungan anda tidak mempunyai penghujungnya.
Untuk kaum lelaki dan perempuan, tidak salah untuk ada control pasangan anda, namun, biarlah bertempat. Jangan terlalu mengongkong dan jangan terlalu open sampai membiarkan sahaja pasangan anda melakukan apa sahaja, namun, dalam setiap hubungan mestilah mempunyai kejujuran dan kepercayaan, nescaya Allah akan lindungi hubungan anda.   


pengalaman sendiri :- sha pernah jadi jenis yang open, tak kisah dia nak keluar dengan sapa tak kisah dia nak kawan dengan sapa, at the end memang tak kemana sebab tetiba dia jatuh hati kat orang lain hahahahaha. dan lepas tu sha jadi jenis yang sangat mengongkong sampaikan like gambar perempuan lain boleh jadi sebab gaduh, like je kot sapikah ya ampunnnn. dan relationship yang tu pun tak kemana sebab at the end dia bosan sebab selalu kena kongkong and he left. tapi memang salah sha pun, sapa je suka dikongkong?

kita kena kongkong dengan mak abah sendiri pun nak memberontak, kadang kadang tu tipu mak abah, inikan pula pakwe/mkwe ha ha ha ha ha. kadang kadang sampaikan mak abah ok je nak bagi keluar semua tetiba cakap eh pakwe/makwe aku takbagi lagi. ek? what??? @#$%^&*() janganlah jadi sampai macam tu gais, kalau dah kahwin takpe boleh diterima dek akal lagi, ini baru bercinta sehari dua dah buat pasangan tu macam laki/bini, takut nanti pakwe/makwe hilang kawan pun hilang sekali.


sekian entry meluahkan rasa "meluat" hahaha okbai!