Assalamualaikum
SAMYANG CARBONARA MUAK? | Salam jumaat semua. Hi korang! haritu sha ada pi satu kedai ni, saja lah belek belek kat tempat maggie tu pastu nampaklah ramen carbonara ni dengan jjajangmyeon ni. pastu duk fikir kejap kat situ, kalau beli yang jjajang ni sah sah membazir sebab nampak macam pedas terok je hahahaha so sha ambik la yang carbonara tu
Bahagian Depan Samyang Hot Chicken Carbonara Ramen
okay tak jelas tapi tepi tu ada logo halal ok. packaging dia cute ya amat sebab pink!!!!! hahahaaha harga pulak macam biasalah RM 5.50 kalau kat kedai tu la, kalau kedai lain ada yang RM 7 8 tauuu.
Bahagian Belakang Samyang Hot Chicken Carbonara Ramen
bahagian belakang ni adalah info, fact apa semua pasal samyang ni. bahan bahan dan jugak cara nak masak dia. tapi tak jelas sebab kecil ya amat tulisannya. tapi ada ke yang tak reti buat mee segera? hahaha
CARA CARA SEDIAKAN SAMYANG CARBONARA
1. Keluarkan semua rencah rencah yang ada dalam packaging tu , letak tepi kejap.
2. Ambik mee tu boleh masak atau kalau malas macam sha, rendam je dalam air
3. Bila mee tu dah masak helokk, toskan dia dan bagi ada sikit sikit la air
4. Masukkan dalam mangkuk, letakkan perencah (takdak dalam gambar) pastu gaul sampai sekata
5. Dah sekata elok? masukkan perencah carbonara tu dan gaul lagi! (time ni dah terliur terok dah)
6. Letak la apa yang korang rasa nak letak, telur goreng ke rebus ke ayam goreng ke hahaha jangan letak ikan gulai sudah
done~
Masa ni kan memang terliur gila, sha letak ayam KFC yang lebih tengahari tu ha hahaha terus lagi geram nak makan. tapi malangnya takleh habiskan. bukannya taksedap tapi macam ditajuk post ni, muak, kenot go hahaha rasa nak keluar balik. oh ya, siapa yang takmakan pedas no worries takpedas pun yang ni. tapi kan masa tengah menaip entry ni tetiba sha teringin pulak.............
so sha terfikir what if sha buat mini GA dan hadiahnya samyang ramen (macam macam flavor)? jangan lupa komen!
17 Comments
sedaplah ramen carbo ! heheh. jjang tu sebenarnya tak pedas pun. rasa mcm kuah rojak ke mcm mna ntah . wah menarik tu GA dpt hadiah ramen. hehe
ReplyDeletePernah rasa yg hot chicken, pastu yg satu lagi berkuah tu.. yg nie belum lagi.. serius muak ke.. tak jd nak rase..
ReplyDeleteUish macam menarik.. Nak joint.. Nak joint..
ReplyDeleteTak pernah makan ramen samyang nie..
Kenapa muak, zumal tak pernah try lagi yang pink tu...
ReplyDeletesebab dia berlemak & takpedas sangat kot
Deletedah banyak kali survey,, tapi belum ada kesempatan nak try yang carbonara punya ni..
ReplyDeletetak pernah makan lagi samyang.
ReplyDeletemuak sebab mkn dgn ayam KFc kot
ReplyDeleteMacam sedap je ni. Siap letak ayam kfc lagi! Menarikk
ReplyDeletethat terms "muak" doesn't apply to me :3 maybe sebab anis memang suka sangta cheese!
ReplyDeleteharitu adik ipar k.fiezz pun ada beli yg ni..mmg muak..peminat2 cheese suka la kot..eh..k.fiezz pun suka je cheese tapi yg ni rasa muak kat tekak...
ReplyDeletemesti pedas ni. hehe
ReplyDeleteJjang tak pedas, dan..tak sedap,. Haha. So far kalau ramen, my fav perasa Cheese tu. Carbo ni no 2. pastu yang biasa. Yang takkan sentuh dah jjang dan 2X spicy (pedas boleh mati tu), haaha.
ReplyDeleteerrr..x leh bayang macam mana rasa pedas bergabung dgn rasa carbonara???
ReplyDeletemy fevret akak yg ni!! dapnyaaa. smalam akak baru makan ramen. nak beli yg pink ni tp habis . then beli yg cheese lah jwbnya.
ReplyDeleteTak besa makan lagi yg ni..kalau sedap boleh cuba beli mkan..
ReplyDeleteMungkin lebih kurang sama cheese gak aritu akak muak gak la hahaha.. Nanti boleh try ni
ReplyDeletePost a Comment