Assalamualaikum
JOM MELAWAT SEENGAPORE DENGAN PROMOSI TRAVELOKA! | Hi korang! siapa sini kaki jalan jalan or kaki melancong? Bulan September ni banyak jugak cuti yang korang boleh apply, incase kalau nak bercuti sekarang la tapi selalunya hujung tahun baru orang gi jalan jalan melancong apa semua sebab time tu lah kebanyakkan orang cuti sebab nak habiskan cuti tahunan semua dan kebetulan pulak yang ada anak tu, anak –anak cuti sekolah kan, setidaknya dapatlah mengisi masa cuti dorang. Ha sekarang sha nak tanya korang pernah ke Singapore tak? Kalau sha, sha masih belum ada rezeki nak kesana but insyaAllah oneday! Sebab sha selalu tengok orang post gambar masa dorang kat Singapore! Memang jeles la tengok sebab banyak gila tempat menarik!
ANTARA TEMPAT MENARIK DI SINGAPORE
MARINA BAY SAND
SINGAPORE FLYER
GARDEN BY THE BAY
Dan sebenarnya banyak lagi lah tempat menarik kat Singapore ni tambahan pula tempat yang mempunyai pemandangan yang cantik, sebab sha kan jenis kalau kemana mana sha akan cari tempat yang pemandangan cantik sebab nak ambik ootd kan! Hahahahaa tapi harini sha bukan nak cerita tempat menarik kat Singapore je tau tapi nak cerita pasal promosi yang Traveloka tengah adakan sekarang!
Pernah dengar pasal Traveloka? Mesti pernah dengarkan? Tapi, korang tau tak apa itu Traveloka? Meh sini nak cerita. Traveloka ni merupakan pakar dalam perjalanan dan juga percutian. Untuk pengetahuan korang jugak, Traveloka ni merupakan “one – stop travel app” – apa itu one – stop travel app? Ha kalau dengan Traveloka ni, korang boleh tempeh tiket penerbangan beserta tempat penginapan lagi! Takpayah dah susah susah nak mencari app lain untuk tempah tempat penginapan pulak. Mudah bukan dengan Traveloka?
JOM KE SINGAPORE DENGAN PROMOSI TRAVELOKA SEEngapore
Baru-baru ni Traveloka telah membuat promosi Traveloka SEEngapore – For a roaring good time!. Jadi, kalau korang ada plan nak berjalan atau bercuti ke Singapore, ini adalah waktu yang sesuai untuk membuat tempahan. Korang boleh tempah sekarang dan boleh melancong mengikut masa yang korang nak, yang penting korang kena tempah dulu sekarang sebab promosi ni start 1 September sehingga 30 September 2018 SAHAJA!
Paling best adalah Traveloka juga menawarkan diskaun yang hebat dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi dan balik korang dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ni ke Singapore apabila korang menggunakan Traveloka sama ada melalui laman web mahupun aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG. Selain itu, Traveloka juga telah menawarkan potongan harga tempahan hotel sehingga 20% di Singapore dan tiada upon diperlukan!
SYARAT-SYARAT DAN CARA MEMBUAT TEMPAHAN
1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran
3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
4. Tempoh tempahan: 1 September hingga 30 September (Subject to change)
5. Tempoh Perjalanan: Anytime
CARA MENDAPATKAN KUPON
1. Muat Turun Aplikasi Traveloka Versi Terkini
2. Cari dan tempah penerbangan di laman web atau Traveloka App
3. Pilih kaedah pembayaran
4. Klik kat bahagian kupon dan masukkan kod kupon
5. Buat pembayaran dan E-tiket korang akan dihantar ke emel korang!
TERMA DAN SYARAT
• Promosi diskaun RM50 untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapura dalam satu ID Tempahan.
• Sah untuk semua syarikat penerbangan dan tempoh perjalanan.
• Sah untuk tempahan yang dilakukan menerusi laman web Traveloka, laman mudah alih dan Traveloka App versi minimum 2.15.0 (Android/iOS) sahaja.
• Kupon penerbangan hanya sah untuk satu kali penggunaan dalam tempoh promosi.
• Promosi ini tidak sah digunakan dengan promosi/diskaun lain atau digabungkan dengan diskaun lain.
• Promosi ini hanya sah untuk transaksi yang dilakukan dalam MYR.
• Kupon ini tidak boleh ditukar ganti dengan wang tunai atau dibayar balik dengan wang tunai.
• Traveloka berhak pada bila-bila masa untuk menyenaraihitamkan pelanggan yang dikenalpasti melanggar terma dan syarat promosi atau menyalahgunakan kupon, daripada menggunakan kupon Traveloka pada masa akan datang.
• Kupon yang disalahguna ditakrif sebagai sebarang acara yang Traveloka percaya penggunaan kod kupon adalah disebabkan kesilapan, penipuan atau dilakukan untuk tujuan keuntungan komersial.
• Pengeposan kod kupon Traveloka di laman web pihak ketiga yang bukan untuk penerima yang dimaksudkan adalah dilarang dan dianggap melanggar terma dan syarat Traveloka. Traveloka berhak untuk menghentikan promosi yang dikenal pasti telah melanggar terma dan syarat Traveloka.
• Traveloka tidak akan bertanggungjawab untuk menawarkan penggantian bagi diskaun atau kod kupon yang terbatal, atau kod kupon yang digunakan dengan cara yang tidak wajar sama ada kerana penipuan atau isu teknikal.
• Dengan menyertai kempen promosi ini, pengguna bersetuju untuk menanggung kerugian sepenuhnya dan membebaskan Traveloka dan sekutunya dari semua liabiliti, kerugian, ganti rugi, tuntutan (termasuk tuntutan pihak ketiga) dan tindakan yang berpunca dari penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan kupon atau penyertaan promosi promosi termasuk, tanpa batasan, kecederaan, kematian, dan kerosakan harta benda.
• Traveloka berhak untuk mengubah terma dan syarat atau membatalkan sebarang promosi pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Jadi sha menyeru kepada semua kaki – kaki melancong, kaki – kaki travel untuk grab promosi ni! Jom melawat Singapore dan tempahlah sekarang dengan Traveloka Promotion untuk perjalanan dan percutian korang ke Seengapore
20 Comments
wow... cantik sengapore ni... lum pernah lagi sampai sana
ReplyDeleteWahhhh seronoknyaaaaa.. Kena ajak family nihh.
ReplyDeleteDah lama tak pergi Singapore.
ReplyDeleteBanyak juga tempat menarik..
ReplyDeletek.fiezz pernah ke sana beberapa tahun lepas tapi tak explore satu singapore..pi ke Universal Studio Singapore je..seriusly best giler kat situ..mmg suggest sangat kalau nk ke USS ni..eh..ni traveloka ada promosi pulak, yg mana bercadang nak ke singapore harus grab...dpt pi tmpt2 menarik yg lain kat singapore selain USS..
ReplyDeletelast p spore 2012...booking dgn traveloka best ni sbb ada coupon bole dpt diskaun..mmg dh byk kali booking thru traveloka
ReplyDeletek.fiezz pernah ke sana beberapa tahun lepas tapi tak explore satu singapore..pi ke Universal Studio Singapore je..seriusly best giler kat situ..mmg suggest sangat kalau nk ke USS ni..eh..ni traveloka ada promosi pulak, yg mana bercadang nak ke singapore harus grab...dpt pi tmpt2 menarik yg lain kat singapore selain USS..
ReplyDeleteBest kalau buat tempahan dengan Traveloka ni... biasa akan berikan harga paling murah, dan memang selalu ada baucer diskaun.
ReplyDeleteBelum pernah sampai ke Singapore. Kalau macam ni memang kena letak dalam wishlist ni.
ReplyDeletemenarik tawaran dari Traveloka ni, kena grab peluang yang ada kan :)
ReplyDeletewah tercapai lah impian mama kalau dpt harga murah mcm ni
ReplyDeleteJom sha kita jejalan Singapura. Lama dah kak ana aim nak ke sana.
ReplyDeletexpernah smpai ksini lg..tp tmptnya smua menarik2 kan
ReplyDeletemmg best pergi Singapore! Especially klu nak g shopping kat Takashimaya.
ReplyDeleteDah add GFC & Google+. Jemput singgah blog lifestyle myra tau!
https://hunnyandvanilla.blogspot.com/
teringin nak ke Singapura juga suatu masa nanti. Semoga Allah beri rezeki
ReplyDeleteWah, cantiknya Singapore. Teringin nak pergi...
ReplyDeletetengok singapore gila nak pergi la
ReplyDeletenak repeat singapore lagi nnt.. last pergi kena kerja..so takde masa nak ronda2 tapi dpt lah ke Merlion tu
ReplyDeletejom Sha kita gi Singapore ramai2...mmg best sangat..rindu nak ke Mustafa Center
ReplyDeletekalau ada rezeki lagi, boleh melawat lagi singapore
ReplyDelete| blog aimanabdullah |
Post a Comment