Assalamualaikum
SAFI FAIR BEAUTY : BB FAIRNESS CREAM | Hi korang! sha ada try satu produk ni, kiranya harini dah seminggu lebih jugak la sha guna produk ni. sha kan bekerja 6 hari seminggu, jadinya sha memang takkan pakai foundation bila pergi kerja, kesian kulit sha nanti tak boleh bernafas hahaha selain tu, tempat kerja sha memang tak sesuai la nak makeup tebal tebal ni sebab mesti takkan selesa dengan keadaan sekeliling yang panas & berhabuk, jadinya sha akan guna bb cream bila hari kerja, dan foundation akan guna bila gi jalan jauh (sebab tu foundation tiga tahun pun takhabis)
SAFI FAIR BEAUTY | BB FAIRNESS CREAM
jenama Safi siapa je yang tak kenal bukan? safi ni merupakan salah satu brand yang paling senang nak jumpa, nak repurchase. dulu masa zaman sekolah memang setia betul dengan produk safi sebab harga dia memang berpatutan dan mampumilik la dengan budak sekolah dulu dulu. apa yang membuatkan sha tertarik nak try bb cream ni sebab packaging dia, memang simple tapi boleh nampak kot yang cantik gila hahaha (sha masih simpan kotak bbcream ni)
bahagian belakang kotak & bekas produk
KENAPA PILIH SAFI FAIR BEUTY : BB FAIRNESS CREAM
- Membantu menutup cela diwajah
- Membantu menyamaratakan tona kulit
- Menjadikan kulit berseri tanpa kilap (matte finish)
- Mencerahkan kulit
- Melembutkan dan menghaluskan kulit
- Melicinkan kulit
- Melembabkan kulit tanpa meninggalkan rasa melekit
- Mengawal minyak berlebihan di wajah
bahagian tepi produk (kandungan produk)
bahagian tepi kotak (maklumat)
MY REVIEW : those yang masih taktau, sha mempunyai kulit yang berminyak tambah tambah bila tengahari tapi alhamdulillah guna je bb cream ni muka sha jadi tak berminyak. takdelah nampak berkilat sangat muka hihi. bbcream ni pun senang nak diblend di muka, wangi pulak tu! harga pun jangan risau mampu milik. cuma satu jelah sebab ada satu shade je, kalau ada pilihan shade lagi best! overall sha bagi 4.7/5 bintang!
kiri ; sebelum diblend | kanan ; dah diblend & selepas 3jam pakai
MANA NAK BELI & BERAPA HARGA? korang jangan risau la kalau namanya produk safi ni, kadang kedai runcit biasa pun ada je jual hahaha kalau takjumpa jugak gi cari kat watson guardian dan sebagainya! kalau takjumpa jugak rojer la sha, nanti sha tlg belikan hahaha. harga pulak dalam RM 7++ jerrrrr dan insyaAllah tahan berbulan bulan! recommeded
okbai!
18 Comments
Wah hebatnya Safi ada pelbagai produk baru
ReplyDeleteKak Sally ade dapat utk review..the whole range...skrg ni ibu yang tgh guna...so far ok je dia kata :D
ReplyDeleteMenariknya... tak tahu pula ada bb cream daripada Safi... nak kena cuba ni
ReplyDeleteOo..bb cream ke?? Xtau pun safi ada bb cream jugak. Kena cuba ni
ReplyDeleteYeyy.. akak pun pakai bb cream safi ni..
ReplyDeleteWah macam best ni..akak 1st time tgk..produk safi memang terbaik..sesuai untuk semua golongan
ReplyDeletedulu kita pakai safi. sekarang tak . mungkin sebab effect dia takde sangat kat kulit muka kot. haha. tp masih pakai minyak rambut jenama safi, wangi..
ReplyDeletelove your blog <3
ReplyDeleteregards,
www.CHIPPEIDO.co.vu
Kak ana dh pakai. Best tau. Serasi dgn kak ana. Suka pula dgn safi fair beauty ni.
ReplyDeleteSafi ni mmg dah glamer dari dulu lagi..betul, nak repeat beli pun senang..cari je kat watson, guardian, pasaraya..confirm ada..harga pun affordable..
ReplyDeleteterbaek :)
ReplyDeleteboleh cuba ni... akak memang pengguna produk safi hihihi
ReplyDeletewah ramai yg suka produk safi ni
ReplyDeletewah best2 kalu oily skin bukan senang nak jumpa bb sesuai.. sekali dah jumpa kena setia kan .. kak syaza pun kulit oily. berkilat kemainnn. tapi dulu la sekarang dah tak ")
ReplyDeleteHarga berbaloi.. produk Safi ini pun senang nak cari..
ReplyDeletesafi tak pernah tak ok tp kulit berminyak tak sesuai
ReplyDeleteFuyooo, safi sekarang dh maju. siap ada BB cream. Sama la kita, selalu gi kerja muka mcm tak bermakeup pun.
ReplyDeletewife ejulz suka produk ni :)
ReplyDeletePost a Comment