Assalamualaikum

UNPLANNED TRIP TO PERTH-LIS! | Hi korang! sebenarnya sha masih malas nak update blog since sakit haritu haha! tapi disebabkan harini dah 30 September dan benda sha nak cerita ni berlaku 1 Sept, kenalah cerita jugak. jadinya pada hari kejadian, sebenarnya sha kerja tapi sha lupa sebab apa sha halfday. jadinya sajalah whtsapp kawan kawan yang masih ada di kedah, nak kluar mana mana dak kalau takmau nak tidur, pastu ada yang nak maka terjadilah unplanned trip ni, hahaha trip la sangat :p jadinya masa whtsapp tu pukul 2, nak kluar pkul3. gais, unplanned trip always the best tau~


so kitaorang decide nak berkumpul kat rumah leka, jadinya sha pun pi lah rumah leka dan nanti awa datang dengan kereta ambik kitaorang makan kat kedai yang kurang 500 meter dari rumah leka tu hahaha tapi nak jugek naik kereta sebab nak gi jalan jalan nanti! cadangnya nak ke sungai padang ja, sekali sampai jeng jeng jeng.....

BIHUN SUP SIAM KAK SU, KERPAN KEDAH


fav setiap masa, setiap orang antara kami hahaha. nampak dak banyak mana depa letak serbuk cili tu? pastu satgi pakat kata panas perut la. nampak yang paling sikit tu? sha punya la tu. sha sayang perut sikit hahahaha, mangkuk sebelah sha tu leka punya, tu kira sikit la dia letak tau, sebab malam tu nak naik bas - selalu memang banyak lagi hahaha gila depa ni makan pedas, takpaham iollssssss. lepas makan tu katanya nak ke bank dan bsn masa tu takboleh guna hahahaha sebab itulah boleh sampai perlis, kitaorang pun pi la agro bank kat simpang empat perlis tu dan balik tu jalan jalan kuala perlis!

eh jap, selfie dulu hahahaha!


KUALA PERLIS, PERLIS

kitaorang singgah kat random place je, rasa macam situ okay ha singgah je pastu ambik gambar. macam takbest sangat sebab tak bawak makanan tapi kan baru lepas makan hahaha apalah




PESTA LAYANG LAYANG

lepas dah penat bergambar kat tepi laut tu kami meneruskan perjalanan tanpa arah hahahaa pastu ternampak something yang menarik iaitu pesta layang layang, saja je masuk situ sebab nak buat story kat ig kahkahkah! kitaorang stay dekat kereta je, ambik video gambar semua dari kereta haha malas nak turun.



MASA UNTUK PULANG!

lepas tu kitaorang waze terus balik rumah, masa balik tu baru best sebenarnya kalau ke kuala perlis, ada banyak stall apa semua tapi disebabkan malam karang si leka tu nak naik bas, kitaorang balik awal lah~

fake teruk kahkahkah

selfie sebelum balik hahaha, masih bertiga. susah betul nak cukupkan lima~ sekian cerita 1 september sha hahaha walaupun letih tapi kalau spend time dengan kawan kawan susah betul nak letih, gelak macam gila, nyanyi dalam kereta jerit jerit hahahaha aduh bestnya, rindu...