Assalamualaikum
AKIBAT SALAH SATU CODE, ROSAK SATU THEME! | Hi, pagi pagi ni nak cerita benda sedih sikit, bukan sedih sikit la sedih banyak! huhu sha rasa blogger memang paham la dengan apa yang terjadi ni kan
ceritanya begini, sha taktau kenapa tetiba blog sha macam banyak gila, ya BANYAK GILA iklan! pastu sha pun godek godek la code html tu, sekali lagi banyak daaaa~ sha pun apa lagi, kena cari new theme ni, dah tukar 10 kali tapi takdapat macam apa sha nak :( pastu tukar tukar sampai 10 kali, PR Fernleaf call HAHAHAHAHAHAHA sha edit kan private blog, dia cakap kitaorang nak check blogpost ni, tapi takdapat masuk blog cik hahahahahaha sebaik PR dia cakap lembut je siap gelak lagi - "oh tengah edit blog eh?" hahahaha sis pun apa lagi tergelak sendiri.
see? bloglist hilang :( yang MY BLOGLIST tu sha letak semua blog yang sha follow hehehehehe. dan sha memang sekarang takdak mood langsung nak berblogging sebab blog tak cantik sekarang (eh dulu cantik ke) :3
SERIOUS QUESTION(S) :
1. Korang selalu edit blog private blog ke tak?
2. Edit waktu bila? tengah malam? ke subuh?
3. Kat mana nak cari theme theme yang cantik T_T
kepada yang baca entry ni mohon komen, sis buntu hahaahaha goodmorning btw! jangan lupa breakfast!
20 Comments
Kak PC selalu je rosakkan blog sendiri gara-gara nak ubah itu ini...ikut tutorial...tutorialnya betul,tepat,lengkap...tapi kak PC yang tak faham...kalau kak PC biasanya nak tukar template atau ubah ke tak kira masa tapi pastikan dalam keadaan tenang hati dan fikiran..free..tidak tergesa-gesa..bermain dengan kod perlu berganda-ganda sabarnya..
ReplyDeleteMorning. Kak pun dah lama tak edit template. Sebab takut jadi camni la. Apapun kak selalu buat backup blog. Kira code yg diedit tu kak letak kat backup blog. Kita buat private backup blog tu
ReplyDeletebean pon pernah jadi macam ni. at last semua kena buat balik... repeat benda sama pulak tu. sob2
ReplyDeletePernah jugak terjadi macam ni, macam2 yang hilang. Sekarang ni nak edit apa-apa pun akak buat kat blog(private) satu lagi.
ReplyDeleteAkak pun penah jadi gini jugak, selalunya akak edit tengah malam tapi kena ada moodlah dulu.. hihi akak faham perasaan awak tue.. selalunya akak edit guna blog private akak, kalu okey, baru akak copy paste semula, jadinya takdelah ralat sangat nak edit, buat balik pastu edit..huhu pening kepala.. Niepun akak ada ura-ura nak tukar template tapi biar dulu sebab iklan adsense baru aje masuk dalam jurnal akak.. kang merajuk pulak adsense pulak..
ReplyDeleteOrg mama faham sgt perasan Tu pernah jadi masa mama baru tukar template. End up kena bayar sekali lagi utk buatkan yg baru huhuu
ReplyDeleteMN nie bab edit blog tak reti sangat...kalau edit mesti hancur punya hahaha
ReplyDeleteAfternoon.. Alamak, akak tak pandailah edit edit nie.. hopefully adalah yg sudi bantu Sha..
ReplyDeletesblm ni sy raajiiiiiiinnnn edit blog sendiri. drpd x tau code smpi boleh laa...nak fhm sendiri2... tp bla lama x buat ilmu tu entah ke mana... biasa edit time lunch hour atau lps opis hour...
ReplyDeletepening main code.. hehe
ReplyDeleteEDIT ENTRY JE RETI SYA HEH..HEH..
ReplyDeleteselalu juga jd cmni. huhu.
ReplyDeletecoding senang kalau paham dia tapi saya bila tengok coding rasa serabut sangat, kalau error mahu stress juga nak cari dan betulkan. itu yg malas nak edit blog..hahaha
ReplyDeleteboleh faham perasaan tu hehe.. Zati selalu kalau nak tukar atau edit template zati akan backup dulu. dan zati buat satu lagi blog private dan ubah segala benda coding yang nak ubah. dah puas hati baru lah zati c/p kat blog betul. Selalu zati cari theme kat gooyabi , sora , themexpose, template yard , eh banyak lagi hehe.. type je kat google Free Blogger Theme
ReplyDeleteAktiviti mengedit blog ni biasanya Safiena buat tengah malam dan letak mode maintenance. Kalau edit secara live tu tak pasal-pasal pula visitor tengok blog dalam keadaan kucar kacir hihi.. Btw,template ni dah cantik. Semalam Safiena cuba nak komen post ni tapi takdapat klik link post sebab diganggu oleh iklan.
ReplyDeleteKak syaza suka edit masa anak tido ahahaha.. Try cari kat new blogger theme dik.. Kalu nak bantuan edit code inshaAllah kak bleh tlg..
ReplyDeleteakak mmg failed bab2 coding ni..tue tak berani nak tukar theme blog sendiri..yg sekarang punya theme kat blog akak, mintak awa yang design kan...
ReplyDeleteika tak reti edit apa benda pun. haha sha sendiri pun tau kan. patut la bhg bloglist sha kosong. ika baru godek blog sha hee. takpe sha. slow slow okay edit?
ReplyDeleteSelalu kalau edit, edit dekat blog yang lagi satu. Blog tu private dan tak guna. So, kalau rosak ke, apa ke, tak kisah sangat. Dan selalunya, edit ikut masa free je. Tak kisahlah pagi ke petang ke malam ke.
ReplyDeleteselalu kena macam ni kak.that why last template i pakai yg template denim je. waiting for u too..tak kira masa jugak.malam or pagi i edit.puas jugak godek2 template blog ni.melainkan suruh org pasang baju blog kita.
ReplyDeletePost a Comment