Assalamualaikum
KIMCHI OH KIMCHI~ | Hi korang! selamat ber "monday blues" kepada yang start kerja harini dan kepada warga warga negeri Kedah yang bekerja harini huwaaaa T.T sekarang sha masih membiasakan diri dengan blog sha sendiri haha, takdak bloglist susah mak ai nak blogwalking :3 sambil sambil makan karipap di awal pagi ni, sha nak share dengan korang yang sha ada beli kimchi beberapa minggu lepas.
ceritanya bermula apabila scroll FB, ya selalunya memang duit akan habis bila scroll FB huhu sha ada nampak satu post akak ni jual kimchi dan ada COD area tempat kerja sha, memang sha nak beli la kan! sebab dah lama teringin nak makan kimchi sejak sejak makan dakgalbi haritu. jadinya lepas deal, dia cakap khamis kot dia COD haha tak ingat dah sha :3
lepas dah dapat tu kan, excited la nak balik rasa. bilalah nak balik kerja, bilalah nak balik kerja >< dah balik tu kan, mandi mandi apa semua terus gi dapur beroperasi hahaha! actually nak makan dengan ramen cheese tu tapi takbeli sebab petang tu tak singgah kedai pun sebab hujan, tapi sebab nak makan jugak jugak ambik jelah megi kari pastu letak cheese keping! hahahaha murah pun murah oiiii
megi kari + cheese + crab stick + kimchi
OK IM SAD
rasanya tak seindah khabar~ sha makan je terus rasa pelik, rasa pelik ok! apalah yang tak kena dengan kimchi ni, padahal haritu kat dakgalbi siap berebut hokey nak makan kimchi hahaha. pastu whatsapp la kawan yang beli jugak kimchi ni, dia pun cakap benda sama. taksama macam dia pernah makan :(
kimchi tu tak sedap okay, rasa dia errrk taktau la salah resepi ke apa haha tapi memang erk, sebaik RM5 je (taktau la mahal ke tak) sebaik jugak takbeli yang saiz besar T_T sekarang kimchi tu duk mereput dalam peti ais je, semalam try makan peh duk rasa kat mulut sekarang ni hahaha nak buang sayang, nak makan hmmmmmm :3 btw premium chocolate milk tu sedap gila! nak buat stock la pasni hahaha
p/s : selalu korang beli mana kimchi?
19 Comments
morning dear...
ReplyDeletekak nieyl ada juga beli ngan kawan aritu...
nasih baiklah sedap...kimchi ni klu org x tau buat...rasa dia erkkk..
jangan makan pening sudahlah.. tengok dah sedap sekali rasa x sedap yer.. bertabahlah..
ReplyDeleteAlhamdulillah kimchi yang kak sha beli sedap.. Sha boleh tengok entry Kak Sha yang ini
ReplyDeletehttps://kasihkuamani.blogspot.com/2018/05/makanan-tambahan-untuk-sahur.html
dulu penah beli kimchi by kak lo..tapi dh stop production..sedih sebab kimchi dia sedap sangat..ni teringin nak try kimchi homemade by marimogo..tgok feedback mcm ramai cakap sedap
ReplyDeletesalah resipi kot sha, kakak tu buat..seingt akak penah nmpk blogger aiin buat kimchi ni dulu..tapi mcm dh lama dia stop..klu tak, boleh cuba beli kat dia...
ReplyDeleteSabtu lepas, makan kimchi kat satu restoran ni.. Lunch.. Oun x sedap huhu
ReplyDeleteKaella tak pernah makan kimchi dan tak tahu pula rasanya macam mana hehe
ReplyDeleteMama x berapa dgn kimchi mungkin sebab x jumpa LG yg sedap kut
ReplyDeleteSelalunya adik ipar ai buat. Sedap kimchi dia. Makan dengan daging salai terbaik. Tapi ai tak boleh makan banyak.
ReplyDeletepernh mkn tp tk brp kena ngan tekak..dlu ms holiday korea ada mkn juga la..tp mkn gtu2 je la...
ReplyDeleteTak suka makan Kimchi. Hehe. Mungkin org tu tak pandai buat. Nampak macam kuah mee bandung je. ahaks
ReplyDeleteAlahai kesian Sha, zumal tak pernah makan kimchi tu. Hehehe
ReplyDeleteAlahai sedihnya kimchi tak sedap. Tapi, kalau tengok gambar, memang dah boleh agak dah.
ReplyDeletemajoriti ramai yg tak suka haha. sbb tak biasa agaknya. ika suka makan kimci tapi tak addicted. biasa biasa je hee.
ReplyDeletelapar pulak tengok ni hehe
ReplyDeleteBeli kat officemate je.
ReplyDeleteAlhamdulillah so far so good
kimchi, tak pernah rasa, tapi tak rasa nak rasa... sbb tak selera dgn tekak melayu den.. hehe
ReplyDeletesy tgk je laa... sbb mmg x mkn kimchi ;-)
ReplyDeleteakak x boleh makan kimchi mcm tu sja. kena cmpur dgn benda lain.. try makan maggi kimchi dkt chillex97 di alor setaq. sedap!
ReplyDeletePost a Comment