Assalamualaikum

NOVEL : PSIKO oleh ROSA NUR | Hi korang! first of all, thankyou kak sha sebab anjurkan giveaway, apa yang membuatkan sha tertarik nak join sebab hadiah dia sebuah novel! tbh sha takdelah sejenis yang minat membaca pun haha tambah kalau sampai berratus muka surat, memang susah nak habis SEBAB novel yang beli zaman sekolah dulu pun masih ada yang belum dibaca hahaha! tapi disebabkan nak pupuk balik semangat rajin membaca so ambik peluang ni untuk join & alhamdulillah menang! hehe

muka depan novel Psiko | Rosa Nur

Tajuk: Psiko 
Penulis: Rosa Nur 
Penerbit: Penulisan2u 
 Muka Surat : 512 
Harga: RM23.00 (Semenanjung) // RM26.00 (Sabah & Sarawak) 
Terbitan : September 2018

SINOPSIS :


Diculik, dikurung dan diseksa oleh si bongkok kerana ingin melihat orang-orang seksaannya menderita seperti orang yang dicintainya sebelum ini. Antara yang menanggung akibat adalah RAYYAN FIRDAUS, HANNA HANANI dan beberapa orang lagi rakan mereka. Dan ini pula antara kata-kata dendam orang yang dicintai si bongkok... “Kau orang berdua nak tahu tak apa yang aku letak dalam keranda tu? Aku letak lipan. Aku letak kala jengking!” “Ala, tak payahlah nak merayu-rayu. Hati aku ni takkan cair dengan rayuan kau. Kau dan seorang lagi betina kat atas tu akan mati sebelum matahari terbit. Ada faham?”

Berselindung di sebalik satu nama yang tidak diketahui identiti sebenarnya. Dan penculikan ini terus menimbulkan tanda tanya dalam minda setiap mangsa yang terlibat. Sementara itu, kembali ke waktu 10 tahun yang lalu... Seorang gadis obesiti telah sering dijadikan bahan ketawa kerana tubuh badannya. Seterusnya, berlaku pula satu peristiwa hitam di sebatang sungai telah merubah takdir hidup si gadis obesiti! Lucu sangatkah bentuk fizikalnya sehingga teruk si gadis obesiti dibuli? Dan siapakah gadis obesiti ini? “Bulat macam belon tu kau kata comel? Kalau dia himpit, mahu penyek badan kau!” – RAZMAN “Eh, tak payahlah. Nanti tak cukup pula bihun goreng tu. Kau kan kuat makan!” – BAIZURA “Kenapa kau orang ni asyik nak membuli dia aje, hah?” – MAIZATUL AKMA.

Menghina fizikal si gadis obesiti tanpa belas, padah menanti mereka! Satu demi satu menjadi mangsa. Diseksa dengan kejam oleh si pemberi hukuman bagai menjadi satu kewajipan. Si penghukum semakin rakus menjalankan tugasnya dengan profesional. Siapakah individu sadis dan psiko yang memberi hukuman? Siapakah pula si bongkok? Bagaimanakah dengan nasib gadis obesiti? Siapa dalang sebenar yang terlalu psiko ini? Ada kaitankah peristiwa kejam lagi berdarah ini dengan ketiga-tiga mereka? Rasailah pergolakan perasaan yang sarat dendam, saspens dan pertelingkahan dalam Psiko tulisan Rosa Nur ini.

REVIEW :

baca psiko sambil dengar du du duuu

tbh sha takpernah nak baca novel genre macam ni, selalu baca kisah kisah cinta yang sweet sweet yang boleh sha tersenyum sendiri, tapi novel kali ni penuh dengan tanda tanya apa akan jadi apa akan jadi sampaikan sha takboleh berhenti membaca! sha faham perasaan kena ejek gemok ni macam mana dan juga macam mana Sue tu rasa bila dipermainkan, ya sakit pedih sekali haha tapi sha takdelah sampai tahap nak buat apa yang dibuat kat kawan kawan dia tu. jalan cerita yang takbosan, penuh dengan pengajaran, dan pengakhiran yang sha sendiri tak sangka... ha tertanya tanya kan apa jadi last last? kena baca la! hehehe

A big thnks to kak Sha sebab bagi peluang sha baca novel genre macam ni, lepas ni rasanya memang akan banyak baca novel jenis ni la hehehe.