Assalamualaikum

SAYA DAH TRY KFC ZINGER WAFFLE BURGER! | Hi! dah lama sangat rasa macam takbuat entry pasal makanan, yela kan cemana nak buat entry makanan kalau tuan sendiri takdak selera nak makan benda benda sedap hahaha T_T tapi semalam sha duk scroll fb ternampak post pasal KFC ADA MENU BARU! sha pun apa lagi, ingat nak lepaskan peluang? hahaha sebenarnya baru semalam sha teringin KFC, sha teringin yang Chizza tu hmmm  tapi mana nak dapatnya dah habiskan menu yang tu. dipendekkan cerita, pagi tadi lepas selesai urusan sha kat pejabat pos, sha ke KFC Ayer Hitam, Kedah walaupun taknampak banner pasal ZINGER WAFFLE BURGER ni pun sha masuk jugak sebab nak tanya, kalau takdak takpalah balik la ekekeke sebaik ada

ZINGER WAFFLE BURGER

 KFC ZINGER WAFFLE BURGER

KFC ZINGER WAFFLE BURGER

HARGA KFC ZINGER WAFFLE BURGER

HARGA KFC ZINGER WAFFLE BURGER

KFC ZINGER WAFFLE BURGER - MEGA BOX

Ala carte - RM 13.50
Combo - RM 16.90
Mega Box - RM 20.90

SEDAP KE ZINGER WAFFLE BURGER NI?


kalau bandingkan ilustrasi dan apa yang sha dapat masa beli, takdak beza pun, memang apa yang diiklankan yang itu yang sha dapat TAPI sha rasa tak kena dengan selera sha, tekak sha macam takboleh terima haha maybe sebab sakit tak hilang semua lagi. sha potong zinger waffle burger ni kepada 4 dan share dengan makcik, sha dapat habiskan sebelah je terus kenyang dan takleh masuk dah. boleh jugak sha katakan benda ni mengeyangkan, yelakan dengan waffle lagi, ayamnya lagi takkan tak kenyang. sebab sha tak ambik sarapan apapun pagi tadi, terus makan ni terus kenyang hingga sekarang.

BERBALOI TAK KALAU NAK CUBA?


perlu cuba dan berbaloi! korang jangan salah faham, zinger waffle burger ni bukan tak sedap cuma ada yang tak kena dengan tekak sha iaitu maple syrup, apa benda entah tu hahaha manis oi tak kena betul dengan nak makan dengan ayam. kot ye pun makan dengan waffle kalau tak letak yang itu lagi sedap sha rasa. jadinya sha bagi 7/10! korang kalau peminat KFC tu bolehlah gi try cepat okay hehehe