Assalamualaikum
FLOWER CHIMP MENGAKHIRI TAHUN 2018 DENGAN KEMPEN BERGANDA! | Hi korang! pernah tak korang dengar pasal website "Flower Chimp"? kalau korang peminat bunga or kepada suami/tunang/bf yang nak belikan bunga untuk bunga hati dia, boleh la usha usha website ni, konfirm korang takkan menyesai! korang pernah dengar tak pasal Flower Chimp? kalau belom pernah ha meh sha nak cerita
MENGENAI FLOWER CHIMP
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang.
Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di negara Asia Tenggara lain.
PROMOSI BERTERUSAN SEMPENA SEMUA SAMBUTAN
“Say it with flowers!” Ya, Flower Chimp berbangga dengan seni tersendiri menzahirkan ucapan menerusi bunga. Sama ada ucapan kasih sayang, terima kasih, semoga cepat sembuh, mahupun sambutan perayaan, bunga adalah cara paling mudah untuk menzahirkannya. Semakin kita menghampiri penghujung tahun 2018, Flower Chimp melancarkan beberapa kempen secara berterusan untuk memenuhi keperluan pelbagai sambutan yang berlangsung sepanjang suku akhir ini. Rentetan daripada kejayaan promosi dalam bulan Oktober yang menumpukan terhadap kempen kesedaran barah payudara, pelanggan pasti teruja dengan koleksi dan potongan harga terbaharu yang dilancarkan untuk mereka. “Kami menerima maklumbalas yang memberangsangkan daripada pelanggan kami lanjutan daripada promosi Oktober ini dan kami teruja untuk melancarkan kempen terbaharu sepanjang bulan November dan Disember. Tempoh ini merupakan antara jangka masa yang paling penting bagi perniagaan secara umumnya. Dari perspektif usahawan, kami mensasarkan pertumbuhan 100% berbanding suku akhir tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif, Flower Chimp. “Dari perspektif pelanggan, mereka perlu membuat perancangan awal sebelum penghujung tahun kerana kebanyakannya akan mengambil cuti panjang sehingga awal tahun 2019”. Bermula dari November, Flower Chimp akan melancarkan kempen baharu yang membolehkan pelanggan untuk terus menikmati bunga-bungaan segar pada harga berpatutan dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara di semua pasaran - Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura.
SOLO PUN SERONOK! SAMBUTAN 11.11!
Negara: MY, ID & PH
Walaupun belum berpunya, tidak semestinya anda tidak boleh menikmati bunga kegemaran anda untuk menceriakan suasana di rumah, tempat kerja mahupun menceriakan rakan anda. Sambutlah status solo anda penuh kegembiraan tahun ini dengan potongan harga 11% di platform kami. Solo atau tidak, siapa kata anda tidak boleh membeli bunga ros merah. Hadiahi diri sendiri sebagai ganjaran selepas hampir setahun bekerja keras. Jangan lupa untuk melihat jambangan klasik seperti Jade (Harga pasaran/RRP: RM179) atau 12 Red Roses Korean Style (RRP: RM159). Kurang gemar warna merah? Bagaimana dengan Purple Hues (RRP: RM99) dan Pink Blush (RRP: RM129)? Ingat, sayangi diri anda!
Promosi ini sah dari 1 hingga 11 November 2018 di Malaysia dan dari 5 hingga 11 November 2018 di Indonesia dan Filipina.
KEAJAIBAN KRISMAS!
Negara: MY, ID, PH & SG
Tahun ini Flower Chimp mencetuskan keajaiban pada sambutan Krismas dengan pilihan pokok Krismas DIY.. Dapatkan satu daripada lima pilihan pokok tersebut dan sempurnakan dengan perhiasan kegemaran anda untuk menceriakan lagi ruang tamu. Jangan lupa untuk mendapatkan sepohon yang renek untuk tempat kerja anda untuk menaikkan semangat musim perayaan tahun ini.
No
|
Rekaan
|
Ketinggian
|
Harga
(RM)
|
1
|
Santa Baby
|
4 hingga 5 kaki
|
799
|
2
|
Christmas Carol
|
5 hingga 6 kaki
|
899
|
3
|
The Fir Tree
|
6 hingga 7 kaki
|
999
|
4
|
Letter from Santa
|
7 hingga 9 kaki
|
1,399
|
5
|
Papa Panov
|
9 hingga 10 kaki
|
1,699
|
Promosi ini sah dari 28 November sementara stok masih ada.
Rakan Kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa berkata, “Menghampiri penghujung tahun, kami mahu menambah keriangan menerusi tawaran bunga kami di rantau ini. Oleh itu, kami melancarkan kempen khas ini bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai citarasa tersendiri. Demografi pelanggan terbesar kami adakah golongan wanita berkerjaya yang tinggal di bandar besar yang menyumbang lebih separuh daripada pesanan harian kami. Sebab itu kami mencuba pendekatan spesifik untuk mengembangkan pengkalan data pelanggan dengan mensasarkan pasaran lain termasuklah golongan lelaki yang juga mempunyai kuasa membeli yang kukuh”.
p/s - Flower Chimp menawarkan ganjaran untuk anda!
Guna kod promo: BIGBANG20 untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM20 ke atas semua pembelian tanpa had minimum. Terhad pada satu tebusan bagi setiap pelanggan. Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2018.
HUBUNGI KAMI
Flower Chimp di Malaysia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp
Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id
Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph
Flower Chimp di Singapura
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.sg/
Facebook: https://business.facebook.com/FlowerChimpSG/
Instagram: @flowerchimp.sg
Love is the answer and you know that for sure. Love is a flower,you've got to let it grow' - John Lennon
6 Comments
seronok bila dpt bunga
ReplyDeletebestnyaaaa myra dah la suka fresh flowers! :D
ReplyDeleteMyra | The Grey Lines Between
Suka sangat bunga-bunga ni. Cantik bukan main 😍
ReplyDeleteWow memang sangat menarik ni
ReplyDeletePergh!! Promosi di mana mana.. bunga pun buat promosi.. memang meriah 11.11 nie..
ReplyDeleteBunga dia cntik2.. Sukaaa tngkkkk. Hehe
ReplyDeletePost a Comment