Assalamualaikum

QUALITY TIME WITH MY GIRLS | Hi! ini cerita awal bulan haritu hehe~ sha sejenis yang bila mana kawan kawan ada kat kampung memang akan ajak jumpa, walaupun jumpa saja saja pun dah rasa syok, takcukup 5 orang pun keluar jugak, sebab nak tunggu cukup memang tak keluar cerita dia haha! jadinya Isnin, 5 November haritu keluar dengan geng gi jalan jalan alor setar. masa keluar 11 lebih tu memang fikir nak makan untuk tengahari ja lah, pastu scroll FB nampak satu kedai macam menarik tapi malangnya dah berpusing cari takjumpa! erk spoil betul pastu masuklah aman nak cari mana sedap, last last pi sushiking kihkihkih -

benda first ambik sebab lapar gila!

main menu, taktau nama apa

sha taktau kenapa dengan sha sekarang tapi rasa pelik sangat haha sebab teringin nak makan tapi bila dapat takmau sangat pun dannnn sayur pun takleh telan rasa kembang tekak :3 jadinya bila sampai makanan atas ni, sha makan nasik dengan sup dalam bekas hitam tu ja. nasi dan sup saja! pastu habis nasi baru makan yang ayam tu hahaha apabenda la -_-

sebagai blogger sendu, saya tetap nak ambik gambar makanan letak dalam blog sebagai kenangan! haha

pencuci mulut kahkah

tak banyak pun tapi habis 100 jugek la

lepas makan kami jalan jalan pusing aman, oh mula mula sekarang turun tingkat bawah sebab nak p toilet. sapa tau p aman tau la cemana toilet dia ha ha ha ha taktau sha kolot ka apa tapi memang tak puas guna. lepas pi toilet tu pi watson, masuk watson kawan yang nak beli barang sekali sha yang melebih hayoyo, beli apa? ha tunggu hujung entry~ lepas tu jalan jalan dan jalan lagi 

cubaan nak ambik gambar tapi nak gelak apoooooo haha!

masa cashout duit kat atm, pi lah kami bertiga beli tealive dan behenti seketika tepi tepi tu duduk sambil kira hutang piutang hahaha biasalah keluar ramai ramai ni mesti ada yang bayar dulu kennn~

sebab tadi kat sushiking minum greentea uweeek

sebelum balik dari aman, kawan beli mcd dulu sebab orang kat rumah pesan. sha teringin mcd tapi masa dia nak beli tu kenyang lagi so cakap takpala takmau haha errr pastu menyesal sampai sekarang. balik dari aman singgah jubli emas makan dominos! 

since 2009

dominos pizzzza!

lepak pun main phone ke! 

kelebihan kami ; boleh naikkan berat badan dnegan cepat!

pukul 5 lebih macam tu, kami pun nak balik la kan pastu masa kawan pi toilet sha pun ambik la peluang nak bergambar dan ambik gambar hahaha, jangan terkejut tengok kaki sha kat bawah ni~

selalu tau buat kaki mcm tu, efek kat kasut - kasut cepat putus atau lekang -_-

masa ni dah betul betul nak balik ni! seriousssss.... kami jalan jalan kat tempat jual jual makanan depan jubli tu dan sha ternampak something deliciousssss~ gemok gemok la tengok dia dalam tua, eyyy geram! sha apa lagi belilah! hahaha

5 biji rm 10 

durian crepe gemok ni sedap gila gila gaissssss!

begitulah hari kami pada hari tersebut. hari keluar makan la kan kalau macam ni? hahaha selalu kalau 4 orang baru pi karok sebab kalau 3 macam krik krik sikit. dan esok tu 6 Nov deepavali kan? sha kerja hahahaha okbai~

-----------------------------------------------------------

CALLING FOR LIPSTICK LOVER!!! 👸💕



sha beli lipstick ni haritu kat watson sebab ada sales buy 1 free 1 dan beli same shade (ada sebab dia haha malas nak cerita) dan sha nak bagi 1 kepada TOP KOMENTATOR NOVEMBER BLOG SHFYQHAZHR.COM . Review pasal lipstick ni? stay tuned! hehehe so siapa yang berminat dengan lipstick boleh lah komen banyak banyak okay! bulan oct takdo top komentator sebab dah buat GA hihi!