Assalamualaikum

SEDAP SANGAT KE AISKRIM OREO TU? | Hi! semalam balik dari kerja, saja keluar nak cari makan malam pastu singgah kedai ni nak beli perfume tapi perfume takbeli pun, gi beli yang lain. mula mula tu nampak nabati, ada perisa baru - packaging sumpah cantik gila! tapi tak ambik gambar pun, phone takbawak haha dan akhirnya sha beli ice cream~


sehari sebelum kejadian ada nampak kawan upload dia beli aiskrim ni, ingatkan mana lah dia beli padahal ada ja kat kedai dekat dekat rumah, maknanya senang cari la kan~ sha nampak terus ambik, ada dua jenis ; jenis ni dan jenis conetto tu. sha ambik yang ni sebab nampak besar ngeh ngeh

sebelum

semasa

selepas

MY REVIEW : sedap weh! rasa tak cukup satu :3 sebab dia takrasa macam ais, rasa macam makan oreo yang disejuk bekukan. manis? yes manis, ais krim apa tak manis? ais krim asam pun ada manis dia tau. harga? RM 4 ha ha ha ha berbaloi ke? macam tak je kan, tapi dah nak rasa pejam mata jelah. repeat? eh mesti! kalau ada rezeki lebih hehehehe

korang dah try belum? kalau belum try gi cari kat kedai kedai berhampiran ataupun kat 7e hikhik. bye~