Assalamualaikum

FOOT PEELING? BERKESAN KE?! | Hi semua! dulunya sha takpernah ambik kisah pasal kaki sha 😂 yelah, kaki kan sapa je nak tengok? kalau bab muka sanggup berhabis duit, tapi tengok kaki berkarat eeu 🤢 bila dah dapat kesedaran  pasal KAKI PUN PERLU CANTIK, sha pun search la produk produk untuk kaki.



CALMIA SILKY PERFECT FOOT PEELING



sha usha usha website Althea.kr, well website ni sekarang dah jadi fav website iolls tau 😜 usha usha terjumpa la foot peeling ni, baca review macam ok walaupun ada cakap tak berkesan. tapi sha nak cuba jugak! jadinya sha pun order, hari berganti hari & barang pun sampai 👻👻

KENAPA PILIH SILKY PERFECT FOOT PEELING?



Silky Perfect Foot Peeling ini diformulasikan dengan AHA untuk membuang sel sel kulit mati di tapak kaki & mengantikan dengan sel sel kulit yang baru disamping melembutkan tapak kaki. Foot Peeling ini juga dicampurkan dengan Orange Oil 🍊 Korang juga jangan risau bila kulit mula keluar dengan sendiri 😂 ok its sound scary at first tapi bila tengok hasil dia trust me, mesti nak recommend kat orang lain hahaha

CARA GUNA


Buka paket yang mempunyai cecair dan tuang dalam "stokin" yang disertakan, pakaikan di kaki & tunggu 1jam - 1jam 30mnt (sha pakai sejam je), keluarkan & bilas dengan air. Lap kaki dengan tuala sehingga kering

korang jangan pelik jugak, lepas keringkan kaki tu takda pun kulit yang tertanggal 😂 take time ok, kalau sha hari ketiga dah nampak kesan.

REVIEW


selepas 3 hari

semasa proses kulit kaki terkeluar😂

tapak kaki baru hiksss

WOOOWWWW! ✨✨ its work on me! walaupun sha menyampah sebab kulit tertanggal merata 😂 tambah tambah dalam bilik, tapi tapak kaki sha sekarang kemain lembut uolls, memang puas hati sangat!! tumit pecah pecah pun dah makin kurang & sekarang sha pakai lotion dari brand yang sama. tapi sha rasa jangan pakai benda ni kerap sangat takut nanti tapak kaki hilang 😂😜
**sebenarnya nak upload video time kopek kulit tu 😂 tapi takpalah 😂😂😂


BAU : ❤❤❤❤/5
CARA MENGGUNAKAN : ❤❤❤❤❤/5
RESULT AKHIR : 💖💖💖❤❤❤❤/5
HARGA : ❤❤❤/5
REPURCHASE ; YESSSSS TAPI TAHUN DEPAN LA 😂


HARGA & MANA NAK BELI?

HARGA : RM17

-------------------------------------------------------------------
First time nak membeli di Althea? receive 20% off for your first order ----> ALTHEA.KR