Assalamualaikum

FINALLY GOT MY LIPSTICK!! + SWEET LETTER FROM LOREAL MALAYSIA  | Hi! rindunya nak berceloteh tiap hari kat sini hahaha tapi nak buat macam mana dengan aktiviti harian yang tak mengizinkan dan kalau celetoh hari hari pun sapa jelah nak membaca :p


ok cerita dia macam ni, satu malam tu susah gila nak tidur hahaha sambil sambil dengar youtube tu bukak la shopee sebab selalu akan lali bila scroll shopee, sekali ada sales uolls! murah gila pulak tu hahahaha! ok duit dalam bank ada, duit ada purse pun ada lagi. OK KENA BELI! sha sebenarnya nak beli lipstick ni sebab dah berbulan teringin uolls, nampak dak punya teringin tu tapi takdapat hahaha pastu dah alang alang sales, grab terus!

YAYY BARANG SAMPAI!


macam biasa hoho barang sampai kat kedai kawan (berdekatan tempat kerja lama) so petang semalam sha pi ambik jugak kahkah excited sangat dengan barang baru :p bila bukak parcel, eh eh 2 lipstick? serious la, order satu ja kot hahahhaa pastu terus pi baca rating, oh free gift! bestnyaaaaa! so beli apa? ya beli lipstick dan foundation hahaha!

MAYBELLINE FIT ME MATTE + PORELESS FOUNDATION (330 - TOFFEE)



ni bukan first time, tapi ni 2nd time beli haha yang first time beli sebab sales jugak. halah halah perempuan dengan sales mana boleh pisah :p tapi yang haritu sales dapat RM25 tapi kalini sales dapat RM 19.90!!!!! gila ko takbeli! terus cakap kat bf, ala foundation ni untuk raya nanti :p 



antara sebab repeat order adalah ; suka gila dengan foundation ni sebab matte (yesss, i have oily skin gurrls), walaupun matte tapi tak keringkan kulit, banyak shade, senang nak cari! yang taksuka pasal foundation ni ; bekas dia em sedih asyik tertuang banyak hshshshsh, bila pakai dan peluh lekat kat tudung T____T

macam mana nak cari shade yang sesuai dengan kulit kita? try n error kahkah! banyak tau foundation/bbcream sha beli tadi cerah nak mati em sedih. ok next

MAYBELLINE THE CREAMY MATTES 



so i told my cousin "biy, kaklong beli satu ja tapi dia bagi dua" "sapa hantar? laki ka? dia suka kaklong la tu" kahkahkahkah! ok sebenarnya nak beli lipstick ni dari last year lagiiii tapi asyik mahal jeeeek sha dah la kedekut :p so postpone dan akhirnyaaaaa!!!!! dapat jugak


actually ni first time beli yang creamy punya, selama ni guna yang powder tapi masalah dia sekarang, yang powder tu senang gila patah -_- bayangkan baru guna sikit pastu patah ehhhh apahal geram ja kita hahaha sebab tu beli yang ini pulak. tadi dah pakai yang nude tu, okaylah tapi tak naik seri pulak hahaha adoi banyak nau nak mengomen

VIBRANT VIOLET

NUDE NUANCE

tetiba yang violet tu bercahaya pulak muka sha :p ok selepas sekali pakai yang creamy ni sha rasa bibir sha ok dengan dia hahaha dah tak kering macam bila pakai yang powder, yay! harga masa beli ni RM 13++

SURAT CINTA?? SWEET LETTER?


oh noooo! percaya atau tak sha melting gila dengan surat ni hahaha. ok at first masa bukak parcel tu nak marah sebab dorang tak wrap elok elok foundation tu :p tapi lepas je baca surat ni terus macam awwww sweetnya hahaha ok nanti nak beli lagi la dengan seller ni! hahahaha

kat mana beli semua ni? haruslah kat shopeee! oklah bai!