Assalamualaikum

DIDUGA LAGI. | Hi! rasanya macam dah lama sangat takbercerita pasal personal kat blog. semuanya disebabkan masa, disebabkan takreti nak bahagikan masa sha jadi taksempat nak update blog, nak bukak blogger.com sehari sekali pun kadang kadang taksempat. sampaikan cerita raya tahun ni pun belum update rasanya. sekarang memang more on instagram rasanya, tu pun ig story ja haha


kalau ada yang baca post sha sebelum sebelum ni, bulan april yang lalu mak dah tinggalkan kami jadinya memang takda nak bergantung kat sapa selain tok dengan makcik sha yang jaga sha dari kecil. 19 jun, makcik sha ada ws suruh ajak cousin bawak dia gi klinik ambik ubat sebab dia demam katanya tapi pagi tu takboleh sebab cousin ada kerja, then dia pergi klinik dengan jiran dia. petang tu sha macam biasa, gi rumah dia tengok dia baring je takpalah esok tu 20 jun sha bawak tok pi rumah makcik sebab tok nak tengok makcik, masa tu makcik takboleh cakap dah, dengar suara mengerang ja huhuhuhu jadi sha call ambulans, walaupun dia takmau pi hospital mula tu huhuhu bila ambulans dtg dia sendiri jalan naik. bila sampai hospital terus ke kecemasan la kan tapi sha tak ikut. ptg tu pakcik sha cakap makcik kena tahan wad, jadi kak ipar makcik yang nak gi tunggu malam tu sebab sha dengan hospital memang takut sikit.

ingatkan takda apa lah sebab masuk wad biasa je cuma makcik penat je. yelah sebab tekak dia bengkak, jadi susah nak bernafas. tapi malam tu, kak ipar makcik call cakap makcik kena masuk wad pemerhatian rapi which is yang 1 bilik ada 2 orang pesakit dan doktor + nurse, waris takboleh tunggu.masa ni entah la, tiap kali dapat call memang takut sangat :(

then 21 jun tu sha pi la hosp dengan adik sebab haritu adik cuti, sampai awal pukul3 macam tu, waktu melawat pkul 4.30 haha -_- tunggu punya tunggu, pakcik gi masuk tengok dulu dan doktor cakap nak bawak ke hosp sultanah bahiyah nak scan otak/dada dan sebagainya. ya Allah rasa nak rebah masa tu.... sha tak ikut jugak pi hosp bahiyah sebab dah nak malam kan, jadi malam tu pakcik sha yang tunggu.

22 jun tu sha pi hosp dengan kawan sha (thankyou azam!) kitaorang tunggu kat kecemasan tu dari pagi sampai petang huhuhu memang boleh masuk tgok tapi sorang sorang je sebab dekat zon kuning. masa ni makcik penat lagi, memang bergantung pada oksigen la tapi sedar. 

23 jun, haritu sha ada mesyuarat so taksempat lah nakpi tapi dalam pukul6 macam tu dapat call yang makcik dalam zon merah, ya Allah getar dia lain macam T____T takbehenti doa, ya Allah selamatkanlah makcik aku ya Allah. lepas dapat call terus call cousin cakap makcik dalam zon merah, dia pulak masa tu otw balik dari sp nak ke anak bukit. dia cakap takpa kang dia terus shot ke hosp. sha pulak google jalan nak ke hosp, boleh pulak ikut jalan jauh -__- bila cousin sampai dia cakap doktor cakap makcik masuk zon merah sebab dia penat sangat, doktor nak masukkan oksigen yang tinggi sikit. ya Allah masa tu dah nak maghrib tau, singgah masjid doa banyak banyak kat Allah semoga Allah permudahkan semuanya. bila sampai hosp, makcik dah masuk zon kuning balik. syukur :') pkul 10 macam tu baru balik, then pakcik call dalam pukul 11.45 rasanya - makcik dah masuk wad. alhamdulillah :'))))

24 jun - ajak kawan lagi (thnks again azam) pi tengok makcik kat wad, masa ni makcik nampak penat lagi siap pakai yang belon tu lagi (taktau nama haha) dan hari hari seterusnya memang sha akan ke hosp, ada jugak la hari yang takdatang sebab takda orang bawak. tapi memang akan tanya pakcik makcik macam mana

harini, alhamdulillah syukur makcik dah dapat balik rumah :') cuma taksempat nak gi tengok lagi ja hahaha sebab harini first day sha kerja :p makcik sha kena strok tapi rasanya yang mild kot (ada baca kat board tapi takpaham bahasa hosp) terkilan jugak la takdapat ambik makcik kat hosp td sebab kerja. kepada yang membaca sampai ke bawah ni, doakan makcik sha sihat seperti dulu kala, semoga makcik dipanjangkan usia, makcik yang jaga sha dari baby, makcik yang sanggup korbankan masa muda dia untuk jaga sha dengan adik. semoga Allah sentiasa pelihara makcik sha :')

p/s; andai sakit (demam/batuk/selesema) tolonglah gi ambik ubat/jumpa doktor. sekarang ni penyakit banyak sangat. semoga Allah sentiasa memberikan kita kesihatan yang baik