Assalamualaikum
ALHAMDULILLAH SELESAI IBADAH QURBAN | jadi tahun ni sha berpeluang mendapat 1 bahagian lembu korban untuk kampung sha. masa dorang tanya sha, dah buat korban ke, sha terus tanya makcik. makcik cakap takpernah, alhamdulillah rezeki. jadi 11 ogos haritu, awal awal pagi dah bersiap takmacam selalu, tghari baru nak bersiap sebab tu pun nak keluar. by the way sekarang dah ada Pakej Aqiqah 2020/2021 tauu! lagi dapat mudahkan ibu bapa yang nak buat aqiqah untuk anak dorang.
jadi pagi 10 Zulhijjah 1440, sha dah ready dah kat rumah cousin sebab lembu tu akan dikorbankan kat rumah cousin then nanti daging daging tu akan diagihkan kerumah rumah dan juga dibuat kenduri di masjid. sha ada dari awal sampai habis semula haha termasuk basuh periuk ok :p
masa ni dalam pukul 10 lebih jugak la, semua yang nak buat korban tu kena niat dulu. lepas semua dah niat barulah lembu tu akan disembelih. haritu kat sini tumbang dua ekor lembu. jadi ni lembu pertama dan dibawah ni lembu kedua
selesai sembelihkan dua lembu ni dalam pukul 11 lebih jugak rasanya, pastu daging yang nak dibuat kenduri dihantar ke masjid dan yang nak diagihkan akan dibungkus sama banyak
lepas kejadian ni, sha terus ke masjid sebab nak tengok keadaan kat sana pula hahaha tapi malangnya phone buat hal. takboleh bukak camera langsung! jadi takda la gambar masa kenduri tu. alhamdulillah ramai juga yang datang. settle majlis pukul 5 macam tu, sha balik rumah rehat kejap sebab pukul6 ada kerja lagi (see letihkan?) ok next postttt
hahaha bye!
4 Comments
kak liez tahun ni husband yg buat korban.. alhamdulillah rezeki tahun ni..
ReplyDeletealhamdulillaah...
ReplyDeleteAlhamdulillah..
ReplyDeleteSebab apa sya nampak sedih jee
ReplyDeletePost a Comment