Assalamualaikum

PROMOSI YANG TAKBOLEH DILEPASKAN! | Hi! Tengah usha usha tarikh cuti ke tu? Atau tengah fikir ke mana nak pergi? Atau tengah fikir kat mana nak book tiket flight. Alah jangan risau, sha ada jalan penyelesaian dia.


Mari semua dengar sini sha nak cerita. Haha. Sorry, bukan dengar tapi baca. Kat Traveloka ni ada rahsia dimana korang boleh dapatkan promosi untuk book flight. Ada banyak jenis promo kalau korang register dengan Traveloka macam emirates flights promo dimana korang boleh dapat harga tiket yang agak murah. Traveloka ni adalah web atau apps sesuai untuk travellers sebab korang boleh book online. Senang dan sangat selamat sebab security softwarenya terjamin.


Dekat Traveloka korang boleh buat online booking, let say korang nak cari cheapest flights to london promotion korang kena bukak Traveloka web atau apps, search dulu Emirates, then isikan detail macam destinasi yang korang nak pergi contohnya London, cari tarikh yang korang plan, preferably bukan musim cuti sekolah atau perayaan. Lepas tu click search flight, dank orang akan nampak list of flights yang ada pada tarikh yang korang pilih tu. Korang pilih yang mana satu korang nak, isi detail passengers, lepas tu buat payment. Ada banyak cara nak buat payment tapi yang senang online banking atau kad kredit. Kalau semuanya okay korang akan dapat e-ticket kat dalam account Traveloka korang atau email. Simpan elok-elok dan jangan hilangkan tau. Sebab e-ticket nilah proof masa korang nak check in kat airport nanti. 



Emirates ni kalau korang perasan ada banyak sponsor kelab bolasepak seluruh dunia. Diorang ni adalah airlines yang agak famous dan berkualiti dari middle east sejak tahun 1985. Sekarang ni diorang boleh terbang ke 150 destinasi. Ada 3 jenis seating class yang korang boleh pilih. Economy Class diorang agak selesa dan korang boleh request selimut kalau nak. Business Class lak seat dia korang boleh baringkan dan screen lagi besar. Yang paling best kalau korang ada bajet tinggi boleh try first class diorang sebab sangat selesa, screen untuk korang tengok movie pun besar, korang boleh dapat perfume dan kalau korang travel jauh nak minta penutup mata pon boleh.  

Pollock’s Toy Museum

London ni adalah tempat yang aku boleh katakan 1 dunia kenal dan tau ada kat England. Best gak tempat-tempat yang korang boleh pergi kat sana. Pollock’s Toy Museum adalah gabungan muzium dan juga kedai mainan kecil yang terletak di antara dua bangunan bersejarah di London. Dengar nama muzium ini sahaja sudah dapat terasa aura klasiknya bukan? Sememangnya disinilah satu-satunya lokasi untuk korang melihat apakah permainan yang dimainkan kanak-kanak pada zaman Viktoria (1837 – 1901) pada masa dahulu. Apa yang dicari? Bermacam kategori permainan ada di sini, dari patung, permainan tin, dollhouse, teater, mainan optikal, mainan askar dan bermacam lagi dapat dilihat dengan dekat. Kebanyakan koleksi yang terdapat di sini adalah hasil pembelian pihak muzium sendiri dan sumbangan daripada kenalan, keluarga dan orang awam.

Hamleys London – Regent Street

Kalau korang rasa ToysRus adalah kedai mainan terbesar yang pernah korang masuk, korang sememangnya tak pernah masuk lagi ke dalam Hamleys London – Regent Street. Bukan kedai mainan biasa,  kerana kedai mainan ini adalah ‘pusat membeli-belah’ mainan 7 tingkat menjadikan ia kedai mainan terbesar di dunia! Secara keseluruhannya kedai ini dipadatkan dengan lebih daripada 50,000 jenis mainan, termasuklah game komputer, patung, gajet terbaru, permainan klasik dan ruangan koleksi khas. Kanak-kanak mahupun dewasa akan jadi hyper sebaik masuk ke dalam Hamleys London. Yang menariknya lagi, kebanyakan mainan di kedai ini tidak diletakkan di dalam kotak, korang bebas untuk bermain dengan semua mainan yang ada!

Bagi peminat kisah penyiasatan, sudah semestinya korang kenal dengan Sherlock Holmes. Kalau perasan, di dalam cerita hasil penulisan Sir Arthur Conan Doyle ini, ada menyebut nama lokasi tempat tinggal spy hebat ini iaitu di 221b Baker Street. Bila korang lalu kawasan ini, korang pasti dapat merasakan betapa familiarnya suasana di sekitar. Untuk lebih menyelami kehidupan Sherlock Holmes, korang boleh melawat Sherlock Holmes Museum yang juga terletak di Baker Street. Di dalam muzium ini, korang dapat melihat adaptasi realistik rumah Sherlock Holmes dan Doctor Watson. Daripada ruang tamu, tempat makan, makmal dan bilik-bilik, kesemuanya dihias dengan perabot daripada zaman dan dunia Sherlock Holmes. Awesome, book la cepat geng!!!