Assalamualaikum

GIRLS DAY OUT ; MAKAN & KARAOKE! | Hi. disebabkan malas nak tangguh so kejadian ini berlaku semalam dan harini saya dah update yay! mulanya nak update malam semalam tapi letih sampai tak larat nak bukak laptop :3


jadi alkisahnya kawan sha, nazirah balik cuti study week (yekyek je tu nak study ke tak haha) then sha dengan leka gi ambik dia kat stesen bas. dia sampai sini pukul 11 haha kitaorang pula 11.15 baru keluar ;p dah pulak bila keluar jalan kemain sesak, taktahu lah kenapa sebab semalam kan selasa haha memang semua orang cuti kot. then sampailah kat dia pukul 11.45 gitu? tah la tak ingat haha then dah pickup dia terus gi city plaza, legend oh sini haha dulu zaman sekolah je datang sini kecuali nak gi UTC.


selama ni datang sini parking kat sebelah surau tu ha, kiranya parking luar la tapi semalam parking dalam woo dan yang penting lagi murah dari parking luar sebab 1.50 je geng haha! lepas sampai sini, jalan jalan then terus gi Mcd sebab nak makan prosperity :p


beli set yang sama ok hahaha total RM18 sebab beli guna app, sanggup ko download app kat luar mcd hahaha tapi bab mcd ni nanti la cerita, di episod yang lain hahaha. kitaorang makan makan lama juga la makan then bila dah habis ingt nak gi karaoke kat sebelah CP tu tapi gi tanya mak ai mahal dari tempat kitaorang selalu pergi hahah which is RM25 sejam :3 then takpalah, kita gi jelah tempat selalu kitaorang gi tu kat Jitra hahaha maka dari Alor Setar kita ke Jitra pula. disebabkan taktau jalan, nak gi Jitra pun kenalah google. sekali dia bawak ikut tol daaa haha dah memasing takda tng sebaik boleh uturn HAHAHAHAHAHA


akhirnya sampailah kat destinasi yang dituju selepas mengharungi liku liku kehidupan. sampai kat pusat karaoke jitra tu, sejam RM18 jur jadi kita ambik 2 jam! ha puas nyanyi sampai hilang suara hahaha tapi sedih sebab lagu belenggu rindu takmasuk lagi :p then settle 2 jam nyanyi, singgah coolblog sebelum balik.



alkisahnya sha memang jarang gi coolblog, selalu gi mana mana mesti cari tealive haha tapi sebab tealive kat jitra belah sana so malas la kan nak patah balik. gi coolblog order greentea ha tu la ha greentea dia T_____T ingatkan greentea yang ada susu tu tau tak?! haih sebaik sha ok je kalau greentea gitu pun, habis la jugak walaupun sedih :p then beli chocolate tart 2 bijik tu RM4, oklah kan? sedap juga tapi makan satu je hahaha 


then kitaorang pun pulang, tapi sebelum tu kena selfie dulu hahaha pulun nak kena sunkiss semua :3 selalunya akhir tahun gini kitaorang akan keluar 4 orang which is sha, awa, leka dan nazirah tapi tahun ni awa masih intern di shah alam so takleh join. tapi takpa nanti dia balik kita dating semula! hahaha
“Growing apart doesn’t change the fact that for a long time we grew side by side; our roots will always be tangled. I’m glad for that.”
– Ally Condie