Assalamualaikum

5 BENDA YANG KORANG TAKBOLEH SHARE DENGAN ORANG LAIN! | Hi! Harini sha nak share dengan korang something yang sha rasa sangat berguna buat masa sekarang. benda ni sebenarnya benda basic je tapi rasanya macam kita masih buat even kita dah tau (ke sha sorang je macam tu xD)


Bagi mengelakkan penyebaran kuman dan penyakit, sha nak share dengan korang lima benda yang korang takboleh share dengan sesiapa pun tak kisahlah serapat mana pun korang dengan dia.

5 Benda Yang Tak Boleh Share Dengan Sesiapapun


1. Pengetip Kuku

nail, nail clipper

Kalau korang share pengetip kuku dengan orang lain, kemungkinan besar bakteria, virus dan sebagainya yang ada pada orang tu akan dipasskan kepada korang. tambah tambah lagi, korang bayangkan bila korang guna pengetip kuku tu balik then jari korang luka! dan kuman bakteria dan sebagainya tu masuk ke dalam badan korang????! SERAMMMM

2. Sikat Rambut


hair comb, comb, blue hair comb


Walaupun sikat rambut ni nampak macam tak berbahaya, tapi siapa tau yang setiap orang ada bela apa kan kat kepala seseorang haha! korang bayangkan orang yang pinjam sikat korang tu dah seminggu tak cuci rambut then dia sikat pakai sikat korang pastu korang pulak guna after that....... bayangkan okey! ;P

3. Deodorant


deodorant, deodorant stick, deodorant flatlay


Ada ke orang share deodorant? kalau sha share je dengan kawan kawan ke tapi kalau time tu sha guna deodorant jenis spray la. kalau yang pakai jenis roll on atau stick tu argggh tolonglah jangan share ok! nanti segala kotoran yang ada kat tiak orang tu lekat kat tiak korang haha!

4. Earphone

earphone, earphone with phone

Tbh, sha memang taksuka orang nak guna earphone sha haha! bayangkan orang tu pinjam then bila dia bagi semula ada lekat taik telinga dia 😷😷😷😷 earphone murah jelah cakap ke dia, sila beli sendiri hahaha korang jangan lupa bersihkan earphone korang dengan alcohol wipes dengan kerap ok!

5. Makeup dan brush


makeup, brush makeup, eyeshadow


Ok part ni yang susah. kalau makeup, yang paling kerap share adalah LIPSTICK! even dah tau tak elok 😆😆🤪 selain tu, korang kalau gi watsons ke guardian ke jangan guna tester terus kat bahagian muka/mulut korang, guna cotton bud yang disediakan ok? jangan selfish. brush makeup takkan share kot? hahahaha jangan bagi orang guna ok dan cuci brush/sponge atleast 2 minggu sekali kalau jarang guna dan sekali 1 minggu kalau kerap guna.


antara lima benda ni yang mana paling susah korang nak tolak kalau orang terdekat nak mintak pinjam? kalau sha, lipstick la hahaha sebab kalau keluar memang 2 3 lipstick sha akan bawak >< moga pasni dimurahkan rezeki dapat beli lipstick baru dan banyak (ehhhhhh) hahahaa ok bye!