Assalamualaikum
SEMUANYA SENANG DENGAN ADANYA VITS NOODLE! | Wanita “Supermoden” zaman kini melambangkan seorang yang Multitasking, mampu bersaing dengan golongan lelaki dalam semua perkara, wanita sebagai seorang anak, seorang isteri, ibu yang penyayang, dan seorang pekerja yang berdedikasi.
“Superwomen” Kini Lebih Senang Nak Uruskan Masa
Seperti Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegarkan dunia. Sekarang, sudah tiada alasan lagi untuk wanita bekerja, dalam masa yang sama menjadi isteri dan ibu, bahkan bakal menjadi yang lebih hebat dari golongan lelaki.
Namun, untuk merealisasikan semua tugas itu, wanita perlukan bantuan untuk memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa. Dengan mempraktikkan tips pengurusan masa yang bijak, pemilihan makan dan bantuan anda sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga dengan lebih berdedikasi.
Menjaga makanan saja tidak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani. Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.
Pemilihan makanan Halal adalah sangat penting. Punca suatu makanan dan minuman itu ada berkaitan dengan sumbernya, cara pemprosesan, premis atau tempatnya. Jika ia berkaitan dengan haiwan, ia hendaklah disembelih mengikut ketentuan Syarak. Manakala haram suatu makanan dan minuman itu, bergantung kepada sumber dan bahannya, cara pemprosesannya dan keadaan premisnya. Misalnya makanan dan minuman yang diproses menggunakan/mengandungi bahan-bahan haram seperti lemak atau daging babi, anjing dan haiwan lain yang tidak disembelih mengikut syarak, darah, arak, najis, racun dan sebagainya.
Kita dituntut supaya mencari makanan yang halal. Mencari yang halal itu adalah wajib. Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, bersih dan berkhasiat.
Gaya hidup yang sibuk dipenuhi tugasan pejabat boleh menjadikan anda tidak sempat untuk memasak. Belum lagi cerita bagi orang yang sememangnya pemalas sejak azali.
Untungnya kita di zaman ini, jika anda lapar, hanya dengan beberapa sentuhan jari diperanti, makanan sedia dihantar didepan pintu termasuk juga makanan segera yang mampu membantu wanita zaman kini untuk menjadi lebih efisyen dalam menjalankan tugas penting hari.
Melihat kepentingan seorang wanita di zaman yang lebih moden ini, Vit’s telah menghasilkan dan mengeluarkan satu lagi produk makanan yang dapat membantu wanita moden di luar sana yang memerlukan bantuan dari segi masa tanpa menghiraukan faktor kesihatan dan halal.
Vit’s Bihun Ketam dalam Sup Pedas telah mendapat sambutan hebat terutamanya kepada golongan wanita yang disebutkan di atas. Bihun Sup Ketam Pedas ini telah dapat membantu ramai wanita di luar sana serta dihasilkan tanpa gluten (sesuai untuk hindar dari alahan), tanpa pengawet serta diperbuat 100% dari beras.
Vit’s merupakan kilang mee segera Malaysia yang berstatus Halal Jakim semenjak 12 tahun yang lepas dan berusia 45 tahun. Vit’s sudah bertapak di Malaysia agak lama dan produknya mudah untuk di cari sehinggakan pada yang tiada masa juga masih membeli melalui online platform seperti di Shopee, Lazada, Fave, Superbuy dan banyak lagi.
Vit’s juga telah melancarkan kempen “Vit’s Kan Ada” kempen baru-baru ini dan anda boleh tonton video dibawah :
2 Comments
sedap ni..:)
ReplyDeletesuka sangat vits ni yg perisa biasa tu, sedap
ReplyDeletePost a Comment