Assalamualaikum

BUAT APAM BALIK KAT RUMAH! | Hi! semalam kan jumaat so kedah cuti mingguan untuk sekolah. jadi takda buat benda, ajak la budak budak ni buat apam balik. 

takda la susah mana nak bancuh tapi yang susahnya bila nak gelek atas kuali 😂 yelah kan kita mana nak cari pulak kuali macam penjual guna tu, guna jelah kuali masak harian ni. dapat sorang sebijik dah kenyang! hahaha

alang alang dah try kan, apa salahnya share jelah resepi kat sini. nanti nak buat semua boleh rujuk haha sebab kita ni selalu lupa resepi 🤣


RESEPI APAM BALIK MUDAH DAN SEDAP!


BAHAN-BAHAN:


🎈 1 biji telur

🎈 1 cawan gula

🎈 1 cawan air

🎈 1 sudu teh soda bikarbonat

🎈 1 sudu teh tepung penaik

🎈 2 cawan tepung gandum

🎈 esen vanila (tak letak takpa)


BAHAN INTI:

🎉 Jagung cream dalam tin

🎉 Kacang hancur

🎉 Gula

🎉 Boleh juga add on coklat/cheese/oreo mengikut tekak masing masing 


CARA MEMASAK:


1. Pukul telur dengan gula hingga kembang.

2. Pastu masukkan air. Pukul kejap dan masukkan soda bikarbonat dan baking powder.

3. Pastu masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Tambah esen vanilla jika suka.

4. Untuk memasak apam, guna kuali yang senang tanggal yang tak payah minyak ( non stick pan).

5. Letakkan bancuhan tepung dalam kuali. Bentukkan leper.

6. Kemudian letak jagung, kacang tanah dan gula ikut kemanisan yang disukai. 

7. Flip flip sampai nampak garing dan angkat!

8. Dah siap 🎉🎉🥳


walaupun rupa apam balik ni macam 🤧😪 tapi sedap jugak tau! haha first senduk apam balik jadi tebal sebab bancuhan tepung pekat sangat. lepas tambah air, baru ok hahaha baru la dapat rupa apam balik tu.


tengah fikir juga ni nak buat apa pulak ek besok? sebab ada lagi kacang hancur lebih 🤔 ada cadangan tak?