Assalamualaikum
GARNIER MICELLAR WATER & KAPAS GUNA SEMULA | Hi! rasanya maybe semua orang dah tau atau dah beli tapi saya yang terlambat 😂 haritu masa mula mula tau garnier keluarkan set micellar water dengan kapas guna semula, ada juga mencari tapi dekat kedai kedai sini jela, takjumpa 😂 tapi baru baru ni ada jumpa so belilah~
Dalam set yang saya beli ni dapat Garnier Micellar Water (Pink) 125ml & 2 keping kapas guna semula yang juga berwarna pink 💗
Micellar Water tu Apa?
❤ Pembersih wajah all in one - diperkaya dengan "Micelle" yang memerangkap dan menanggalkan sisa mekap dan kotoran dari muka, mata dan bibir seakan magnet. tidak perlu gosok mahupun dibilas.
Kebaikan Micellar Water
👉🏽 menghilangkan kesan mekap sekelip mata
👉🏽 menyegarkan wajah
👉🏽 sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
👉🏽 0% alkohol dan dijamin halal!
meh nak tunjuk sebelum dan selepas muka yang dilap dengan micellar water dan kapas ni 🤪 jangan terkezut pulak ye! hahaha
Langkah Penggunaan (Titis - Tekap - Lap)
❣ tuang beberapa titis Micellar Cleansing Water dibatas kapas
❣ tekan pada permukaan kulit wajah
❣ lap dan tanggalkan kotoran dan mekap pada wajah. tidak perlu digosok agah dibilas dengan air.
muka sebelum : takpakai foundation tapi pakai compact powder, mascara dan lipstick
muka selepas : helooo parut parut sekelian alam 😂
YAY OR NAY? 🤔
tbh saya taksuka pun guna micellar water ni 😂 beli ni sebab nak try kapas guna semula tu je. disebabkan sekarang pakai mask, lagi menjurus untuk saya tidak bermakeup kecuali keluar atas urusan penting.
bila takpakai makeup, terus rasa takpenting pun nak lap muka dengan micellar water padahal lagi elok kalau sebelum cuci muka cuci dulu dengan micellar water 🤦🏿♀
dan lepas saya beli kapas guna semula ni, saya sedar yang saya ni tak rajin nak bersihkan kapas tu, nak biarkan kering hahaha so maybe ni kali terakhir i beli set ni😂 later i just repeat micellar water dan guna kapas pakai buang haha walaupun kapas ni memang mencucikan bethol makeup saya hahaha!
Harga : Rm14+-
Dapatkan di mana mana kedai berhampiran anda.
Byeee! ❤
3 Comments
Sesuai untuk semua jenis kulit itu yang sering menjadi pilihan.
ReplyDeleteAkak tak pakai micellar water, tapi pernah promoter kasi bau dan cuba yang ini. Not bad! :)
ReplyDeletealaa x best ke?
ReplyDeletePost a Comment