Assalamualaikum

KALAU PKP 2.0, MACAM MANA? | Hi! terfikir nak tulis pasal ni sebab ada terbaca yang kemungkinan kes harini >200. Allahu akbar 😔

Walaupun saya tak efek langsung dengan keadaan dimana kalau Malaysia PKP lagi sekali, tapi saya ada kawan kawan yang kerja, yang baru bekerja yang mana mungkin akan terkena tempias.

Tapi kalau PKP adalah yang terbaik, apa yang boleh kita katakan? bila tengok hari demi hari memang nampak kes sebenarnya makin teruk. 

saya memang takda merancang untuk bercuti kemana mana buat masa sekarang, sampaikan ada voucher yang tak valid sbb dah lebih masa. tapi tu tak menjadi masalah, nanti boleh cari lagi tapi sekarang kesihatan lagi penting.

apa yang saya nampak di tempat saya sendiri, memang orang leka, memang orang lalai. kadang rasa nak tanya orang yang takpakai mask samada dia tak mampu nak beli atau dia memang taknak pakai. tapi takut pula kalau dijerkah 😅

semalam, lalu depan sebuah sekolah. rata rata pelajar dah takpakai face mask, pelik juga bila tengok. adakah face mask diwajibkan pakai semasa di kawasan sekolah sahaja? 

harini 1 oktober 2020, bermakna kita dah hidup dengan norma baru lebih dari 6 bulan. adakah pemakaian mask masih lagi pelik untuk anda? adakah menjaga jarak masih janggal untuk anda? 

jika saya, keluar dari pagar rumah tanpa memakai mask, saya rasa saya yang pelik 😂 selama 6 bulan ni juga, berapa kali muka saya breakout disebabkan pemakaian mask. tapi saya tetap memakai face mask, tukar face mask setiap hari. 

saya sebenarnya risau dengan keadaan sekarang 😔 saya harap semoga baik baik sahaja di Kedah, semoga yang positif cepat sembuh, yang sakit semoga cepat sihat. semoga Allah menjaga kita semua dan terhindar daripada Covid 19.