Assalamualaikum

MELLOW CRUNCH SEDAP KE? | Hi! saya rasa normal kan perempuan bila ada masa masanya terasa macam nak makan manis manis je, kalau tak dapat rasa macam nak mengamuk 😂

selalunya saya lantakkan je dengan rasa nak makan manis ni sebab bukannya nak makan habis pun tapi benda tu boleh tahan mahal jugak la, boleh beli set nasi kat KFC hokey 😂

tapi kebetulan haritu singgah isi minyak kat Petron pastu ternampak hmmm terpaksa la beli hahaha daripada kang balik duk teringat ingat dah kena datang semula.

MELLOW CRUNCH

sebenarnya banyak pilihan kat Petron tu tapi saya rasa nak beli jugak yang ni 😂 salah satu sebab utama adalah mellow crunch ni guna crispy ball tu instead of rice or baby crunch haha, sebab kedua murah sikit berbanding yang lain berdasarkan berat dan harga ye haha

saya menyesal tak beli ni? jawapannya tidak. manis tak benda ni? manis ya amat. sedap tak benda ni? sedap sebab ada milo atas tu 😋 nak beli lagi tak benda ni? beli 😂 baru 2 hari lepas gi beli balik haha.

saya ni bukanlah sejenis yang gilakan chocojar tapi saya suka yang ni. maybe sebab dia gunakan crispy ball tu dan harga pun okay okaylah. coklat yang digunakan pun takmuak, packaging pun menarik (penting ok). overall saya rasa berbaloi apa yang saya beli ni. 

Harga? RM 13 untuk 300gm tak salah hehe


so korang pernah try chocojar brand apa? or korang ada jual chocojar? meh komen, mana tau nanti saya nak beli atau orang lain nak beli 🥰