Assalamualaikum
TRIP KE PENANG SEBELUM PKP 2.0 | Hi! dah basi ke belum eh cerita ni? haha tapi belum cerita, cerita jelah kan. nanti dah tua boleh baca balik zaman muda mudi hehehe!
TRIP KE PENANG SEBELUM PKP 2.0
23 Disember 2020, on that day, birthday saya hehehe first time sambut birthday dengan si dia. selalu tiap tahun mesti tak kena timing. jadi disebabkan nak sambut birthday, kitaorang pun pergilah jalan jalan penang.
kalau ikutkan nak je pergi Langkawi 😂 tapi asyik kalau bercuti je Langkawi, ubah angin la sikit pergi Penang. dia macam takdelah rancang sangat tapi malam tu lepas balik jumpa abah saya 👀 terus macam esok jom gi Penang!
macam biasa, si dia jarang nak cakap NO kalau saya nak apa apa 🤪 biasalah jarang jumpa kan, so pagi 23/12 tu kitaorang gerak Penang pukul9 lebih macam tu then singgah Ramly untuk breakfast.
lepas dah kenyang, teruskan perjalanan untuk naik Feri! si dia kan orang nismilan, takpernah la naik feri. saya pun ok kan je, saya pun last naik feri masa kecik kot 😂 sekarang kalau gi Penang memang naik jambatan, tak kuasa la saya nak naik feri hahaha.
kitaorang dah habiskan masa berjam jam tunggu feri tu tau 😂 sebaik la dapat kat atas, turun ambik gambar then masuk kereta. ramai ye anak anak walaupun bukan hari cuti. biasalah, semua orang nak naik feri macam kitaorang jugak hahaha.
saya mintak tlg sorang adik ni "dik ambikkan gambar akak boleh?" 😂 |
bila dah masuk pulau, terus tanya kawan mana nasi kandar best, dorang suggest Deen Maju tapi saya google Deen Jelutong :') tapi takpelah hahaha dah dekat dengan kedai tu sama, then singgah la makan situ. saya ni tak suka sangat nasi kandar so si dia jelah beria makan 😂 kita ni ambil rasa sikit sikit jela. total lost kat nasi kandaq RM28+
bila dah kenyang, kitaorang pun teruskan perjalanan nak ke Queensbay. tapi terlajak jalan! biasalah kalau saya tengok jalan memang akan terjadi perkara macam ni 😂 marah driver hahaha sebab kena uturn jauh! then cousin yang kat Penang whatsapp cakap datanglah rumah.
daripada nak jalan jalan dengan si dia dah jadi melawat sedara pula. dah alang alang dekat, pergilah rumah cousin tu, sembang kejap then pak sedara nak keluar gi kerja, sementara nak tunggu mak sedara balik, kitaorang teruskan niat ke Queensbay.
dapat beli sushi kat Aeon pun bahagia tak terkata dah 😂 lepas tu terus balik rumah cousin sebab mak sedara dah balik. sebenarnya penat ye kalau masuk QB, besar sangat 🤣 kita biasa dengan Aman Central je hahaha
dah sampai rumah cousin sembang sembang kejap terus mintak diri nak pergi Padang Kota pekena pasemboq! tapi mak sedara cakap baik gi Padang Brown 😂 kitaorang pun ikut jelah sbb dah dekat dengan rumah mak sedara.
saya sebenarnya masih kenyang dengan sushi tu, alasan nak ke Padang Kota tu sebab nak balik je hahaha tapi si dia mmg betul nak makan pasemboq sebab yelah dah datang penang kan. haaa sekali dia order, terkejut saya 😂 RM55!!! makan dua orang je hahaha
tapi sebaik si dia memang akan habiskan segala makanan then perut meragam 😂 lepas dah makan pasemboq tu ambil gambar sikit then balik kedah. time atas jambatan Pulau Pinang tu family si dia videocall, nyanyikan saya happy birthday 🤪 bahagia kejap hihi
then sampai Juru merap dengan si dia nak ke Family Mart 😂 yelah Kedah kan takda FM 🙄 susah jugak nk jumpa tapi jumpa la, masa ni dah kenyang dan letih tapi nak jugak sbb alang alang dah sampai kan. belilah cheesecake & aiskrim tapi si dia jugak habiskan 🤣
on the way balik ke Kedah tu, videocall dengan geng. selalu tiap tahun birthday saya sambut dengan dorang tapi tahun lepas semua ada komitmen masing masing kan, dengan susah nak rentas negeri huhu
balik tu memang letih gila! sakit kaki apa semua tapi bahagiala 🤪🤪🤪 esok tu hari last di dia kat sini, jalan jalan lagi sebelum dia balik 🥺
gambar kat Padang Brown. takda orang nak ambikkan gambar, kita bergambar kat cermin kereta 😂 |
Ok jumpa next post! hehehe bye 🤍
17 Comments
penang ni best sebab makanan sedap2 :D
ReplyDeletebetul! kena dengan tekak pulak tu
DeletePaembor RM55?
ReplyDeleteDah lama saya pasang hasrat untuk jalan-jalan ke Penang. Salah satunya sebab nak rasa pasembor di sana.
haah 😂 kalau ambik banyak bahan tu mahei la jadinya 🤣 takpe lepas ni datanglah hehe
DeleteBestnya sempat berjalan sebelum PKP 2.0, sekarang ini tidak tahu bila dapat rentas negeri lagi. Penang memang heaven untuk para foodhunter
ReplyDeleteJemput baca dan komen,
https://tarotthefool.blogspot.com/2021/04/part-3-3-baboons-on-selangor-road-trip_23.html
jalan jalan tapi banyak dalam kereta je sbb time tu penang dah banyak kes hehehe.
DeleteBestnyaaaaa pergi jalan jalan! Penang banyakkk makanan kan, sampai tak tahu nak makan apo hahahaha.
ReplyDeletehaah! tapi paling win nasi kandaq la 🤣
Deletebestnya jalan2 bersama orang tersayang ^^
ReplyDeletesekali sekala je dapat kan 😂
DeleteMelampau betul pasemboq dia sampai rm55 tu... Akak selalu makan pasemboq dekat Bagan.. Memang sedap gila... Btw akak da click2 iklan2 dekat atas😜
ReplyDeletewuu boleh try la nanti 🤩 thank you kak 🤍 stgi sha balas
DeleteUishh tak leh tahan tengok pasemboq tu. The best Pasemboq in penang. By the way, Happy belated birthday Sha. Seronok si dia celebrate bersama :)
ReplyDeletehahaha masa nak pilih mmg semua nak. nak habiskan tu 😂😴 thankyou kak!
Deleteewahhhh. sweet gittuww.
ReplyDeletehmmm da rindu nak pi penang lagiii nii. uhukkk T__T
samalah! tgh tunggu boleh rentas je ni
Deletenmpk menarik pasembor..nama ja org penang tp jarang pusing2 penang hehe
ReplyDeletePost a Comment