Assalamualaikum
ANTARA EARPHONE DAN HEADPHONE MANA LEBIH BAIK UNTUK TELINGA? | Sistem pendengaran manusia mestilah dijaga dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan telinga berlaku padanya.
Antara Earphone Dan Headphone Mana Lebih Baik Untuk Telinga?
Sebenarnya tidak sukar, kita semua hanya perlu menjauhi gelombang bunyi yang terlalu kuat atau lantang daripada mendekati telinga.
Namun, usaha ini mungkin akan jadi mencabar terutamanya di zaman teknologi moden kini ekoran penciptaan gajet seperti earphone dan headphone!
Mengenali sistem pendengaran manusia
Sebelum pergi dengan lebih lanjut lagi, marilah kita semua mengenali serba sedikit mengenai sistem pendengaran manusia terlebih dahulu.
Seperti mana yang umum tahu, anatomi sistem auditori manusia ini memang sangat kompleks dan terbahagi kepada 2; peripheral dan central.
Sistem auditori peripheral memiliki 3 bahagian utama iaitu:
👉🏽 Luar telinga – Mengandungi saluran telinga, gegendang telinga dan aurikel
👉🏽 Tengah telinga – Mengandungi 3 tulang telinga kecil bernama malleus, incus dan stapes
👉🏽 Dalam telinga – Mengandungi koklea yang penting untuk pendengaran dan keseimbangan penyakit telinga
Bagaimana manusia mendengar?
Persoalannya, bagaimanakah sistem auditori manusia ini bekerja menangkap gelombang bunyi?
Untuk pengetahuan anda, segala getaran dan gelombang bunyi yang wujud pada udara di sekeliling kita ini akan ‘dikutip’ oleh aurikel. Bunyi ini kemudiannya akan melalui saluran telinga sebelum sampai ke gegendang telinga lantas menyebabkan ia bergetar.
Getaran ini pula akan menyebabkan ketiga-tiga tulang telinga kecil ini menggerakkan bunyi itu pada koklea dalam telinga.
Selepas itu, segala data dalam bentuk bunyi ini akan dihantar kepada otak untuk diproses dan menghantar respons terhadapnya.
Jadi, begitulah serba sedikit mengenai proses sistem auditori manusia berfungsi dan ia mungkin akan terganggu jika terdapat sebarang kerosakan padanya.
Bagaimana jika sistem ini rosak?
Sistem pendengaran manusia ini perlu sentiasa dijaga dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan ia daripada kerosakan bersifat sementara atau kekal.
Terdapat beberapa faktor risiko yang mungkin boleh menjejaskan sistem auditori anda iaitu:
👉🏽Bunyi yang terlalu kuat dan lantang
👉🏽Kondisi kesihatan
👉🏽Kelainan sejak lahir
👉🏽Kemasukan benda asing
👉🏽Penuaan
👉🏽penyakit telinga
Sekiranya salah satu daripada perkara di atas ini berlaku, maka ada risiko di mana terjadi kerosakan pada bahagian telinga.
Kesannya, anda mungkin akan mengalami penurunan mahupun kehilangan pendengaran secara total ataupun pekak.
Teknologi & sistem auditori manusia
Seiring dengan perjalanan waktu, telah wujud banyak gajet canggih untuk membantu kehidupan seharian termasuklah untuk pendengaran.
Buat individu yang mengalami masalah pendengaran, penggunaan alat bantu pendengaran mungkin boleh menyelesaikan masalah anda itu.
Selain itu, wujud juga alat yang digunakan untuk menyalurkan bunyi tepat kepada telinga iaitu fon telinga (earphone) dan fon kepala (headphone).
Alatan ini berfungsi dengan cara yang sama iaitu ia akan menyalurkan data berbentuk bunyi melalui wayar atau tanpa wayar dari satu peranti ke peranti.
Antara peranti yang biasa menggunakan fon ini adalah telefon pintar, komputer riba dan alat pemain muzik (walkman) bagi mengelak mengganggu orang ramai.
Fon sebegini rosakkan telinga?
Namun, mungkin ramai yang kurang cakna bahawa penggunaan alatan yang begitu dekat dengan lubang telinga ini sebenarnya boleh mendatangkan mudarat!
Ini terutamanya jika alat ini digunakan dengan terlalu kerap, kuat, lantang serta terus dipasang semasa tidur. Ia akan menjejaskan sistem pendengaran manusia.
Antara risiko yang paling ditakuti mungkin boleh berlaku akibat perbuatan ini adalah penurunan mahupun kehilangan upaya untuk telinga mendengar.
Walau bagaimanapun, bagi penggemar alat ini yang gunakannya untuk urusan kerja mahupun peribadi, sudah tentu sukar untuk mengelak daripada menggunakannya.
Jadi persoalannya, yang mana adalah lebih baik untuk sistem pendengaran anda di antara fon telinga dan fon kepala?
Yang mana lebih baik untuk telinga?
Meskipun kedua-dua jenis fon ini sebenarnya adalah tidak bagus untuk telinga jika salah cara penggunaan, namun ada yang lebih baik daripada satu lagi.
Menurut Pakar Audiologi Dr. Maria Wynens, fon jenis earphone sebenarnya adalah lebih berbahaya kepada telinga berbanding headphone.
“Memandangkan ia akan berada lebih dekat dan dalam telinga, ia secara semula jadi akan meningkatkan skala bunyi pada sekitar 9 desibel”, jelas beliau lagi.
Dalam pada itu, headphone yang dikatakan lebih baik berbanding earphone pula mampu untuk menghalang bunyi persekitaran di luarnya.
Sekiranya anda mempunyai pilihan untuk menggunakan di antara kedua-dua jenis fon ini, sila pilih untuk guna fon kepala berbanding fon telinga.
Namun ini bukan bermakna ia langsung tidak mendatangkan mudarat, apa yang penting adalah kalian menggunakannya dengan cara yang betul.
Kesimpulannya, apa sahaja penggunaan alat yang secara langsung berhubung dengan deria pendengaran pasti akan ada kesannya, apatah lagi jika terlebih atau salah guna. Jadi, bertindaklah dengan bijak!
sumber : hellodoktor.com
6 Comments
GREAT INFO
ReplyDeleteGuna earphone lama-lama pun sakit telinga.
ReplyDeleteMrs. A baharu je beli headphone eh!
ada juga terbaca psl ni...kalau bole elakkan ...pernah juga guna headphone dan earphone time nk meeting tp tk brp clear sudahnya tk guna trus
ReplyDeletei have both and will use either earphone or headphone whenever it is necessary.
ReplyDeletealamakk dedua pun kita x leh pakai.. sbb telinga dah rosak huuhu...
ReplyDeleteBaru tahu.. tq kongsi..
ReplyDeletePost a Comment