Assalamualaikum

HELLO MAY! | Hi! bulan baru datang lagi! sedar sedar dah hampir setengah tahun untuk tahun 2021 tapi itulah tu, dia macam 1 - 12 Januari then PKP PKPB PKPP PKP balik tetiba dah 2022 🥴


HELLO MAY!

benda takbest bila nak masuk Mei, semalam macam biasa setiap petang akan tunggu update berapa kes covid di Malaysia, terkejut sebab sikit lagi nak 4000 :/ 3700++ weh kes semalam!

padahal takboleh rentas negeri pun? haritu bila kes dah 1000 lebih, rasa bersyukur sangat! insyaAllah nanti boleh raya macam biasa macam tahun sebelum ni tapi bila start puasa kes start naik naik dan naik! :(

then diumumkan tidak dibenarkan rentas negeri.. jadi raya tahun ni macam tahun lepas lah kan? dan dengar dengar sop tahun ni lagi ketat?! ah sudah, saya memang decide untuk pakai baju raya 👉🏽 ootd 👉🏽 tukar uniform 👉🏽 tengok drama hahaha settle! 

tapi yang paling terkejut bila diumumkan 5 daerah di Kedah PKP! walaupun 5 daerah tu tak termasuk daerah saya, tapi saya tetap geram😂 macam mana selangor 10k kes aktif tak pkp tapi kedah 800 kes pkp 🥴

bila Kedah start ada PKP ni mulalah risau, tak senang perut 🥺 kalau ikutkan tarikh, bulan ni bulan terakhir saya single, tapi kalau masih macam ni terpaksalah postpone...

Tak mintak banyak, harap harap semuanya akan okay semula 🥺 nak 10 malam terakhir Ramadhan dah, marilah sama sama doa supaya Allah berikan keajaiban, kes menurun! Aaaminn!