Assalamualaikum
NASI KERABU UNTUK BERBUKA | Hi! ni cerita berbuka puasa 25 Ramadan ye hihi. lupa nak update semalam sebab busy buat kuih raya :p
NASI KERABU UNTUK BERBUKA
sebenarnya saya teringin nak makan nasi kerabu ni dari hari khamis lagi tapi khamis tu hujan pulak sebelah petang, nak pergi beli takut tak bukak pulak huhu
jadi petang semalam lepas settle segala benda, terus merempit gi beli nasi kerabu! kalau bukan bulan puasa, memang selalu jugak beli dengan makcik ni. kalau bulan puasa ni, ni baru kali kedua.
saya ni jenis bila berbuka takmakan nasi 😅 memang makan yang ringan ringan jela, nasi makan bila sahur je. sebab tu jarang nak beli nasi, selalu berbuka dengan murtabak jela (makanan ringan ke ni 😭🤣) ok meh nak tunjuk nasi kerabu yang saya beli semalam
agak agak berapa ringgit kalau macam ni? hahaha RM5.20 untuk lauk daging dan telur masin. kalau pada saya, murah sangat la kan? daging kot haha. nak add on lada solok tapi takut tak habis huhu
yang bestnya pasal nasi kerabu makcik ni, takpedas sangat dia nya sambal huhu hritu ada beli kat tempat lain, fuhhh pedas dia boleh bawak ke toilet (sakit perut 😭)
korang suka tak nasi kerabu? hehehe selamat berbuka! 🤍
10 Comments
Sedapnya nasi kerabu, daging bakar..kalau daging panas2 dan lembut lagi best kan...
ReplyDeleteTakkk suka hehehe. Tapi famous kan nasi kerabu ni, memang ramai yang makannnn.
ReplyDeleteWak tunggu hari rabu nak cari nasi kerabu
ReplyDeleteSedapnya. Saya selalunya beli nasi kerabu ayam. Jarang jumpa nasi kerabu dengan lauk daging.
ReplyDeleteFav sangat nasi kerabu ni tapi tak suka makan dengan daging sebab nipis sangat potongannya. Antara lauk dengan solok lada memang pilih solok lada hehehe
ReplyDeleteSuka sangat nasi kerabu. Lagilah kalau banyak pilihan lauknya.
ReplyDeleteTahun tak jumpa nasi kerabu lagi untuk menu berbuka... nak kena cari ni sebelum puasa habis...
ReplyDeleteOf course suka nasi kerabu . Sedap
ReplyDeleteI miss having nasi kerabu for breakfast.
ReplyDeleteSo sedap. Favourite ni nasi kerabu. Saya pulak suka pedas :)
ReplyDeletePost a Comment