Assalamualaikum
SALAM AIDILFITRI 2021 | Hi, selamat hari raya kedua 🤪 alhamdulillah, semalam kita semua meraikan hari raya selepas sebulan berpuasa, semoga tahun depan masih dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadan :)
SALAM AIDILFITRI 2021
so! macam mana dengan hari raya semalam? kita sedia maklum yang ziarah menziarahi tidak dibenarkan raya ni, jadi semalam memang makan dan ambil gambar jela 😅
rumah saya ni jenis ada 4 buah rumah dalam 1 kawasan, so kitaorang beraya bersama kitaorang jelah. memang hari hari berjumpa pun 😂 budak budak kecik pun semua tak dibenarkan pergi beraya, semua stay rumah je haha
kuih raya buat sendiri kcuali putih tu dengan bunga ros |
so pagi semalam, lepas mandi sunat hari raya, terus kemas kemas rumah. malas nak pakai "uniform" lagi. dah settle semua, then barulah nak ke rumah sebelah baru tukar baju. mula mula tu ingt nak bergambar dulu, baru makan 😂
one with my peneman setia |
ehh sekali dah sampai pekena nasi jagung dengan daging masak hitam dulu hahaha! dah settle makan situ, ke rumah satu lagi pulak 😂 walaupun rumah kitaorang ni kalau kentut pun dengar tapi takut okay 😂
kitaorang ada buat video ucapan selamat hari raya, fuhhh 10 takes jugak la nak dapat yang elok 😂 lepas tu semua bergambar, lighting cun sangat sbb dah panas haha. berpeluh jugak la tapi sbb nak gambar cantik, panas pun on je 🤣
lama tak makeup, lupa dah nak letak mana satu dulu😂 |
ootd gitu, terpaksa crop sebab nak bagi size cantik hahaha |
then balik tu tukarlah uniform 🤣 pakai baju biasa, then tidur bangun gi KFC pastu balik lelap kejap bangun gi kedai sebab harini nak buat nasi lemak pastu malam hahaha
raya tahun ni adik saya takdapat balik sebab kat penang 🥴 memang kat rumah ada saya dengan nenek jelah, sunyi jugak la sebab selalu pagi raya saya akan bising suruh adik bangun 🤣 pastu tanya nak iron baju ke tak, tapi kalini taktau nak bising kat sapa haha
begitulah cerita Syawal pertama saya huhu. harini buat apa pulak? malas nak buat apa 😂 nak duduk rumah je sambil layan movie! hahaha
btw, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. Maaf kalau korang ada terasa hati dengan apa yang saya tulis, atau komen yang saya tinggalkan di blog korang menguris hati korang, saya mintak maaf ye! ✨
Ehhhh kejap! korang tema warna apa tahun ni? saya ni mulanya nak pakai babyblue tapi si dia cakap nak pakai navy blue, sebab taknak sama saya tukar ke light nude, eh tetiba dia pakai milk tea 🤣 pening bethol lah! doakan raya haji nanti kitaorang dapat raya bersama 🤪 aminnn
okie bye! ❤
5 Comments
Salam raya PKP
ReplyDeleteSalam lebaran . Wlwpun mood pkp raya tetap raya
ReplyDeleteWalaupun pkp raya tetap raya. Selfie wajib ada. Hahah selamat hari raya
ReplyDeleteSelamat hari raya maaf zahir batin. Meriah raya di kampung. boleh posing sakan gitu. wahh seronoknya bakal suami dan mertua juga meraikan bersama dari jauh :)
ReplyDeleteSalam Syawal Shafyqah :)
ReplyDeletePost a Comment