Assalamualaikum

SEPATUTNYA SEMALAM DAH HALAL TAPI.. | Hi! Harini 30 Mei, semalam 29 Mei hahaha tiber kira tarikh pulak kan. sepatutnya semalam dah halal tapi...

SEPATUTNYA SEMALAM DAH HALAL TAPI..

Maaflah kalau korang kurang selesa saya asyik update mengenai ni tapi ni kan personal blog, jadi saya menulis supaya nanti saya dapat baca balik apa yang terjadi githewww

so sepatutnya 16 Januari nak tunang tapi takjadi sebab PKP 2.0! dan takboleh rentas negeri, takboleh buat apa pun bila jauh jauh ni, nak ukur baju ke apa ke semua takboleh. takpalah, terus nikah jelah. decide untuk nikah 29 Mei 2021, ye tarikh tak cantik ke apa pun tapi tu je tarikh yang free haha dan tetiba sebelum raya PKP 3.0 :(

dan sepatutnya semalam kitaorang nikah tapi disebabkan kes makin tinggi, mmg tinggi gila jadi terpaksa tunda!!! memang lah boleh cakap alah buat yang wajib je dulu tapi masalahnya dia kena rentas beberapa negeri dari nismilan untuk ke kedah dan sekarang daerah dia red zone, daerah saya pun :(

dan sekarang dah nak lockdown :( seronok tengok orang lain panik nikah, saya ni mampu buat buat panik jelah sebab tau kalau cakap ke abah nak nikah esok pun confirm abah takbagi! kesihatan penting lagi abah cakap :( 

nak update semalam pasal ni tapi rasa tak kuat pulak 😞 bila fikir je mesti rasa sedih pastu rasa nak marah diri sendiri kenapa yang sedih sangat, takpercaya dengan aturan Allah ke tapi tulah... 

Ya Allah angkatlah wabak ini dari dunia ya Allah, sihatkanlah semua pesakit pesakit yang sedang mendapatkan rawatan dan jauhkanlah kami daripada wabak ini ya Allah. ya Allah kami rindu kehidupan kami yang dulu ya Allah, maafkan kami kerana leka dengan dunia, maafkan kami 😭 aamiin....